Cipta Mesin Layan Diri : Budak 14 Tahun Tolak Tawaran RM120 Juta, Untuk Beli Syarikatnya

Trending

Cipta Mesin Layan Diri : Budak 14 Tahun Tolak Tawaran RM120 Juta, Untuk Beli Syarikatnya

Screen-Shot-2015-10-29-at-1.08.21-PMSeorang budak berusia 14 tahun dari Alabama menolak tawaran US$30 juta (RM120 Juta) dari sebuah syarikat kesihatan untuk membeli mesin layan dirinya yang mengeluarkan kit pertolongan cemas.


Taylor Rosenthal tampil dengan idea kit pertolongan cemas layan diri itu setelah seringkali melihat rakannya jatuh ketika permainan bola besbol.

Advertisement

HT_TaylorRosenthal1_MEM_160510_4x3_992
“Setiap kali saya ke pertandingan besbol di Alabama, saya perasan yang mereka (pemain) akan cederan dan ibu bapa tidak dapat menemui kit kecemasan. Masalah itu yang saya mahu selesaikan“, kata Rosenthan kepada CNN Money.

Rosenthal, yang melancarkan syarikat yang bernama RecMed tahun lalu, pernah ditawarkan $30 juta (RM120 Juta) dari ‘sebuah syarikat kesihatan yang besar’ untuk membeli syarikatnya dan ideanya, namun menolak tawaran itu.

160505104805-taylor-rosenthal-recmed-780x439

Kini dia berjaya mengumpul dana sebanyak $100,000 (RM400,000) dari pelabur syarikat ‘start up’ dan merancang untuk mejual mesin itu dengan harga $5,500(RM22,000) setiap satu.

Mesin layan diri itu akan menjual kit kecemasan dan barangan individu seperti plaster, sarung tangan getah dan ‘gauze pad’ dengan harga antara $4 hingga $11.

Rosenthal berkata, dia akan membuka ruangan iklan di mesin itu dan berharap dapat membekalkan mesin-mesin itu di taman, pantai dan stadium dalam masa terdekat ini.

198.262
Setakat ini, 100 buah mesin itu telah pun dipasang di Taman Tema Six Flags di US. CEO muda itu juga telah mempatenkan idea tersebut beberapa bulan selepas ia tercetus.

Ia sangat mengujakan untuk melihat Taylor membesar(dari tahun lepas) dengan menjadi sangat konfiden dan usahawan yang menakjubkan. Biarpun dengan kejayaannya, dia masih lagi merendah diri dan bersedia untuk membantu orang lain. Dia hanya berumu 14 tahun. Bill Gate sepatutnya risau“, kata Clarinda Jones, guru kepada Rosenthal.

taylor-rosenthal-miljonar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.