Satu jenama tudung dari Malaysia telah dikecam oleh pengguna media sosial Malaysia kerana dikatakan menggunakan karya seorang pelukis dari Jepun tanpa izin.
Lukisan tersebut telah diambil dari koleksi seorang pelukis dari Jepun Shinji Tsuchimochi dalam karyanya 100 Views Of Tokyo. Tindakan pemilik jenama tudung itu dikecam oleh pengguna media social kerana tindakan tersebut dianggap tidak wajar.
Karya tersebut diberikan hak oleh pelukis untuk mengubah atau menambah baik tetapi tidak untuk kepentingan mengaut keuntungan. Malah pemilik jenama tudung tersebut tidak meminta kebenaran pelukis untuk menggunakan karyanya.
Pelukis terkilan dengan tindakan tersebut tetapi beliau tidak mahu mengambil sebarang tindakan ke atas jenama tersebut. Beliau menyatakan hak membeli adalah hak orang ramai, pembeli adalah yang bertanggungjawab untuk membuat sebarang keputusan. Jika membeli barangan yang haknya dicuri, itu adalah keputusan pembeli sendiri.
Beliau meminta agar orang ramai tidak mengutuk pembeli jenama tudung tersebut kerana itu adalah hak mereka.