“Cinta Selamanya..” – Raf Yaakob ‘Dating’ Dengan Ibu, Netizen Doakan Agar Jumpa Isteri Baru

Hiburan

“Cinta Selamanya..” – Raf Yaakob ‘Dating’ Dengan Ibu, Netizen Doakan Agar Jumpa Isteri Baru

Perkongsian bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai terutamanya yang mengikuti perkembangan pempengaruh itu.

Dalam video tersebut, Raf dilihat merakam momen istimewa keluar berjalan ‘dating’ bersama seorang wanita di sisi.

Advertisement

Berpegangan tangan dengan wanita itu, Raf turut menulis kapsyen ‘forever love’ di hantaran tersebut.

Difahamkan, wanita tersebut adalah ibunya dan dia sedang meluangkan masa bersama-sama di sebuah pusat membeli-belah.

Menjengah ke ruangan komen, peminat memuji sikap Raf yang sentiasa menyantuni ibunya dengan penuh kasih sayang.

Pengikut media sosial adik kepada usahawan dan cef terkenal Fazley Yaakob itu turut mendoakan agar Raf berjumpa bakal isteri setelah bercerai dengan Mawar Rashid dua tahun yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-09-10 16:15:37

Neelofa Ambil Kelas Bahasa Arab, Peminat Puji Usaha - "Perjuangan Demi Mencintai Al-Quran"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...