“Cinta Saya Adil “ – Tinggal Serumah Dengan 8 Isteri, Lelaki Thailand Ini Curi Perhatian Netizen

Kehidupan

“Cinta Saya Adil “ – Tinggal Serumah Dengan 8 Isteri, Lelaki Thailand Ini Curi Perhatian Netizen

Seorang lelaki yang berasal dari Bangkok, Thailand mendapat perhatian warga maya apabila dia mendedahkan bahawa dirinya mempunyai lapan orang isteri.

Malah, kesemua lapan-lapan isterinya itu tinggal sebumbung bersamanya.

Advertisement

Lelaki yang dikenali sebagai Ong Dam Sorot itu bekerja sebagai artis mencacah tatu memaklumkan mengenai perkara itu menerusi satu wawancara YouTube.

Ujar Ong, dia mengahwini kesemua isterinya itu kerana mempunyai ‘perasaan cinta yang adil terhadap mereka’.

Dalam temubual tersebut, dia turut bercerita mengenai bagaimana dia berjumpa dengan semua wanita itu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Jelas Ong, dia bertemu isteri pertama ketika majlis kahwin rakannya, isteri kedua (di pasar), ketiga (di hospital), keempat, kelima dan keenam (dalam media sosial), ketujuh (di kuil) dan kelapan ketika bercuti.

Malah, kelapan-lapan isterinya itu menganggap Ong sebagai suami yang baik, bertimbang rasa dan pandai mengagihkan masa.

“Ong mungkin merupakan lelaki yang paling penyayang yang pernah kami jumpa.” ujar kesemua isterinya itu.

Ong juga kini menunggu kehadiran cahaya mata baru daripada dua orang isterinya dan turut mempunyai seorang anak dari isteri pertama.

Kemalangan Ustaz Nazri
3 years ago

“Ini Takdir Keluarga Saya..” - Luahan Hati Bapa Mangsa Kemalangan Hilang Satu Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...