Cinta Lokasi Antara Fattah Dan Saya Tidak Akan Terjadi – Janna Nick

Hiburan

Cinta Lokasi Antara Fattah Dan Saya Tidak Akan Terjadi – Janna Nick

Umum mengetahui pelakon Janna Nick bakal bergandingan bersama hero hangat Malaya, Fattah Amin dalam drama Coffee Prince versi Malaysia. Fattah juga dikenali dengan cinta lokasinya bermula daripada Sherry Ibrahim dahulu sehinggalah fenomena Lofattah dan Fattzura. Ramai yang tertanya adakah kali ini akan wujud juga cinta lokasi antara beliau dan Janna?

Advertisement

Namun, Janna menerusi Utusan Mingguan memberikan jaminan perkara itu tidak akan berlaku.

Bila timbul isu Fattah akan jadi hero drama tersebut, tidak dinafikan saya turut dikaitkan dengan dia sehingga ramai yang bimbang terjebak dengan cinta lokasi selepas wujudnya fenomena Lofattah dan Fattzura. Saya jamin cinta lokasi itu tidak akan terjadi melainkan yang bercinta itu Cuma watak dalam drama berkenaan sahaja.

Bukan hendak cakap besar, kalau benar perkaras sebegitu hendak terjadi, sudah lama saya terjebak dengan cinta lokasi. Lebih baik mengelak, tidak kisah siapa hero yang akan bersama saya dalam drama itu, selagi tidak mendatangkan negativiti, tidak menjatuhkan maruah dan merosakkan periuk nasi, saya tidak ada masalah untuk menjalankan komitmen dalam lakonan.

Terdahulu, Fattah juga dikritik sesetengah netizen dan juga peminat tegar drama Korea tersebut yang tidak setuju dengan pemilihan beliau sebagai hero Coffee Prince. Wujud juga petisyen agar pihak penerbitan mencari pelakon lelaki lain yang lebih sesuai untuk menggantikan tempat Fattah.

Sumber Berita : Utusan Mingguan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...