“Cinta Diberikan Pada Saya Sangat Luar Biasa” – Isa Khan Mahu Bahagiakan Risteena Sampai Bila-Bila

Hiburan

“Cinta Diberikan Pada Saya Sangat Luar Biasa” – Isa Khan Mahu Bahagiakan Risteena Sampai Bila-Bila

Hampir dua tahun mengikat tali pertunangan, akhirnya peasangan Isa Khan dan Nur Risteena Munim telah pun melangkah ke fasa hubungan yang lebih serius pagi tadi.

Dengan sekali lafaz sahaja, pasangan merpati dua sejoli itu disahkan bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan sederhana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Advertisement

risteena dan isa khan nikah
4 years ago

(TAHNIAH) Isa Khan Dan Nur Risteena Selamat Bernikah

risteena dan isa khan

Siapa sahaja yang tidak gementar apabila bakal mengubah status diri kan? Sama juga dengan Risteena yang mengakui bahawa jantungnya berdegup kencang sebelum diijabkabul tadi.

“Tadi, sebelum akad nikah, jantung saya berdegup laju. Tetapi selepas selesai majlis, lega sikit. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan. Saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Tambah Risteena lagi, dia menyatakan bahawa Isa Khan sangat nekad dan bersungguh-sungguh untuk menghalalkan hubungan mereka.

“Selain kesungguhan diri, kejujuran hatinya membuatkan saya yakin.”

Bahkan lelaki itu membuktikan bahawa dia seorang lelaki yang romantik apabila mencipta lagu bertajuk ‘Karunia Terhebat’ sebagai tanda simbolik kisah cinta mereka.

“Lagu ini adalah gambaran kisah cinta kami. Saya tujukan khas buat isteri… Insya-Allah.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Isa juga berjanji dan berharap akan dapat membahagiakan Risteena sampai bila-bila.

“Dia wanita hebat. Cinta dan kebahagiaan yang diberikan kepada saya selama ini, sangat luar biasa. Saya tidak mahu mempersia-siakannya. Saya hargai apa yang dilakukannya.”

Alhamdulillah, semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke jannah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...