Nama Nad Zainal boleh dikatakan hangat sepanjang tahun 2014 dek kerana kontroversi percintaan beliau. Pernah dikaitkan bersama Azwan Kombos dan Hefny Sahad, Nad tidak mahu lagi toleh ke belakang dan kini lebih fokus dalam kerjaya serta tidak mahu memikirkan soal percintaan lagi.
Saya mungkin tidak bernasib baik dalam cinta. Kadang-kadang Tuhan tak memberi apa yang kita nak. Tapi itu bukan penamat segala-galanya. Apabila saya tak dapat cinta daripada seorang insan, saya kini dapat rasa cinta daripada orang ramai termasuk peminat. Cinta itu lebih jujur.
Nad yang baru sahaja memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular di ABPBG 2014, tidak menolak cinta jika beliau bertemu dengan jodohnya, tetapi buat masa ini beliau lebih selesa untuk memberikan yang terbaik dalam lakonan yang merupakan periuk nasinya.
Tak guna juga dapat cinta yang tak jujur daripada seseorang. Oh, ucapan saya itu memang tak ditujukan kepada sesiapa. Ia sangat umum untuk sesiapa saja yang pernah berasa sakitnya bercinta.
Kami yakin semua orang mahu cinta yang jujur dan kekal selamanya. Mungkin Nad Zainal belum lagi bertemu dengan Mr Right. Tetapi kita perlu usaha juga jika menginginkan sesuatu bukan?