Cinta Antara Benua,  Satukan Wanita Malaysia Dan Jejaka Guinea

Trending

Cinta Antara Benua,  Satukan Wanita Malaysia Dan Jejaka Guinea

Jodoh tak sampai-sampai, bersabarlah mungkin pasangan anda juga tercari-cari siapakah jodoh dia. Almaklumlah, seorang berada di benua ini dan seorang lagi di benua lain.

Kalau dah jodoh tak kemana sebenarnya, cuma lambat ataupun cepat sahaja.

Advertisement

Begitu juga dengan kisah seorang jejaka yang berasal dari Guinea adalah negara yang 85% rakyatnya Islam terletak di Afrika Barat.

Jejaka dari Guinea bertemu dengan zaujahnya di Malaysia yang jaraknya beribu kilometer dari tempat kelahiran beliau.

Itulah keunikan kisah cinta pandang pertama, Nur Afilah Amir Rusdi, 24 dan pasangannya Adama Mohamed Camara 26.

Peluang menyambung pelajaran di Malaysia telah membuka ruang dan menemukan jejaka tersebut dengan seorang gadis cantik yang berasal dari Jitra, Kedah.

Menurut anak kelahiran Kampung Raja, Tunjang dekat Kubang Pasu, Jitra Kedah ini, hatinya terbuka untuk menerima Adama kerana dia memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

Dengan restu ibubapa dan keluarga, pasangan ini telah selamat dinikahkan di kampung halaman pengantin perempuan pada hari Jumaat, 26 April 2019.

Kisah ini diambil dari Pemilik Facebook Aus Affan yang menjadi jurugambar untuk majlis pasangan ini.

Semoga ikatan ini beroleh keberkatan dan kekal hingga ke Jannah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...