February 3rd, 2020

Pelakon cantik manis, Mira Filzah baru-baru ini mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki, namun bukanlah dalam kalangan yang terlibat dalam industri hiburan.

mira filzah

Cinta hatinya itu, bukan calang-calang orangnya dan dikenali sebagai Wan Emir Astar. Seorang arkitek yang memiliki firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

mira filzah wan emir astar

Sebelum ini, timbul  desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini. Namun, dia menafikannya dan mengatakan hubungan mereka belum serius dan masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Bagaimanapun, menerusi satu muat naik di Facebook rasmi Datin Mastura, dia seakan memberikan bayangan bahawa anaknya sedang melalui fasa baru dalam kehidupan. Mungkin juga Wan Emir sudah merisik Mira sebagai suri hidupnya dan bakal bertunang tidak lama lagi?

mira fizah

Mira pakai cincin 

kekasih mra filzah

Malah, satu sumber terdekat turut memuat naik foto Mira memakai sebentuk cincin di jari manisnya dengan ucapan tahniah. Mungkin juga itu cincin merisik.

mira filzah risik

Difahamkan, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara.

Terdahulu, Mira berkata buat masa ini dia enggan berbicara mengenai kisah peribadinya. Biarlah ia menjadi rahsia demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga.


6 responses to “Cincin Tersemat Di Jari Manis, Mira Filzah Sudah Dirisik?”

  1. anonymous says:

    jika bfirend dia bukan ank Datuk tapi ada pelajaran, kerja stabil, good looking dan baik, aku jd mira pun nak sbb ada masa depan utk diri dan ank2 in future,,,

Loading...