Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Cincin Di Jari Manis : Benarkah Raja Ilya Sudah Bertunang?

Sebentuk cincin yang tersarung di jari manis pelakon jelita Raja Ilya mencetuskan khabar angin mengatakan beliau sudah dilamar oleh kekasihnya yang berasal daripada Australia.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Raja Ilya menafikan perkara berkenaan dan memberitahu ia sekadar tanda kenalan dan bukanlah cincin pertunangan.

Saya akui cincin ini memang diberikan oleh si dia, namun ini bukanlah cincin tanda bertunang. Cincin ini hanya sekadar hadiah kepada saya.

Saya masih belum lagi bertunang dengan dia. Soal jodoh, kita sebagai manusia hanya merancang. Buat masa ini, keutamaan saya adalah keluarga dan kerjaya saya.

Meskipun sudah tiga tahun berkenalan dengan jejaka berkenaan, Raja Ilya masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini.

Advertisement

Kami menjalinkan hubungan jarak jauh, itu menjadi salah satu kerisauan saya. Saya berada di Malaysia, dia pula menetap di Gold Coast.

Dalam keadaan sekarang, saya boleh katakan yang saya belum bersedia. Biar saya tumpukan dahulu kepada kerjaya. Keadaan kesihatan ibu saya juga tidak begitu baik, saya perlu mengutamakan ibu saya terlebih dahulu.

Wanita yang menyarungkan cincin di jari manis tidak semestinya mereka sudah dirisik orang ataupun bertunang. Namun, sebenarnya peminat Raja Ilya mungkin sudah tidak sabar untuk melihat aktres pujaan mereka berkahwin.

Sumber Berita : Astro Gempak

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top