Cina Berjiwa Melayu, Rani Kulup Puji David Teo

Trending

Cina Berjiwa Melayu, Rani Kulup Puji David Teo

Selepas dikritik hebat dan dituduh menghina seniman agung P Ramlee, pengarah filem David Teo hari ini mendapat pembelaaan aktivis selebriti Abdul Rani Kulup.

Advertisement

Rani berkata Teo bukan seorang yang suka menghina atau memburuk-burukan pihak lain.

Malah, Rani menganggap Teo seorang berbangsa Cina “berjiwa Melayu” kerana sikapnya sangat mesra Melayu, dan ramai pelakon selesa dengan pendekatannya.

“Apa yang saya faham, David Teo punya kenyataan, dia bukan menghina, bukan mengata dan dia tidak berniat untuk menjatuhkan P Ramlee, tetapi maksud David Teo itu supaya penerbit dan pelakon tidak menjadi seperti P Ramlee, apabila berjaya, mencipta sejarah pemfileman negara, dikenali ramai, namun beliau diabaikan dan hidupnya dalam keadaan susah tidak ada siapa datang membantu dan dia mati pun dalam keadaan tidak berduit.

“Sepanjang saya kenal David Teo, saya tengok dia bukan jenis yang suka mengutuk, rasis, memburuk-burukkan orang, dan dia juga bukan jenis yang suka membuat cerita tak tentu pasal kalau tidak ada sebab.

“Saya tengok David Teo, inilah orang Cina yang berjiwa Melayu,” kata Rani, lapor FMT.

Rani sebelum ini pernah membintangi filem “Kipidap selamatkan hari jadi” terbitan Teo.

“Saya puji David Teo bukan sebab saya pernah jadi pelakon David Teo,” tambah beliau.

Teo dikritik hebat susulan kenyataan beliau syarikatnya, MiG, tidak hanya mahu melahirkan pelakon terkenal tetapi mampu menjadi jutawan, tidak seperti yang berlaku kepada P Ramlee yang hidup merempat.

Rani sebaliknya menyerang pengkritik Teo, dan mempersoalkan hak P Ramlee dan keluarganya yang dinafikan.

“Kenapa orang tidak bising bila hak kebajikan P Ramlee dan keluarga diabaikan, hasil atau royalti karya P Ramlee tidak diberi kepada keluarga, tetapi bila David Teo keluarkan kenyataan sedemikian semua bising, sedangkang apa yang David Teo cakap itu benda yang betul sebagai pengajaran kepada semua.

“Saya tengok kebanyakan artis ini dipuji apabila mereka diperlukan, tetapi bila dah tua dan tiada kepentingan, kebajikan mereka pun tak ada, sepatutnya duit pencen kena bagi la,” tegas Rani yang terkenal kerana kekerapannya membuat laporan polis terhadap pemimpin pembangkang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...