Baru-baru ini, seorang guru matematik tempatan telah terpilih antara 18 guru terbaik dunia bagi menyertai kursus Program Fulbright Teaching Excellence and Achievement (TEA) Spring 2025 di Amerika Syarikat.
Memetik laporan Harian Metro, guru Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tuanku Ja’afar iaitu Lee Chye Mei menjadi satu-satunya wakil Malaysia selepas melalui tapisan ketat daripada ribuan pemohon sebelum terpilih ke Georgia State University.

Pengalaman ini benar-benar membuka mata saya. Saya belajar bagaimana pelajar boleh menjadi lebih aktif, kritis dan yakin apabila guru bertindak sebagai fasilitator, bukan hanya penyampai ilmu.
Menurutnya, pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar serta penggunaan teknologi secara kreatif menjadikan suasana kelas di sana lebih hidup dan interaktif.
Lee turut mengambil peluang untuk memperkenalkan budaya Malaysia kepada komuniti sekolah dan rakan dari negara lain.
Bercerita mengenai Malaysia memberi saya rasa bangga yang sukar digambarkan. Ia bukan sekadar mengenai makanan atau pakaian, tetapi nilai, harapan dan semangat rakyat kita.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) atas peluang yang diberikan kepadanya.
Tanpa dorongan mereka, saya mungkin tidak berada di sini. Mereka nampak potensi kecil yang mampu beri impak besar.
Baginya, peranan sebagai seorang guru bukan hanya untuk mendidik di bilik darjah, tetapi untuk membina keyakinan anak muda supaya berani bermimpi dan percaya pada potensi diri.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.