Cikgu Sanggup Redah Kampung 6 Jam Untuk Hantar Homework Kepada Murid Yang Duduk Di Pedalaman

Trending

Cikgu Sanggup Redah Kampung 6 Jam Untuk Hantar Homework Kepada Murid Yang Duduk Di Pedalaman

Kebanyakan warga pendidik di Malaysia pasti berasa runsing tentang perkembangan akademik murid sekolah. Lebih-lebih lagi boleh dikatakan hampir dua bulan sekolah ditutup sementara untuk mengelakkan murid-murid mendapat jangkitan virus COVID-19. Walaupun terdapat alternatif terkini untuk menjalankan kelas secara dalam talian menggunakan teknologi terkini, masih terdapat pelajar yang akan tercicir.

Tidak dinafikan bukan semua keluarga pelajar mampu untuk menyediakan akses internet di rumah. Perkara ini akan memberi kesan dalam pengajaran dalam talian yang ingin dilakukan oleh guru tersebut. Namun, untuk mengelakkan setiap pelajar daripada ketinggalan guru secara automatik akan menjadi lebih kreatif.

Advertisement

Redah laluan balak 6 jam

Kegigihan seorang guru untuk meredah kawasan laluan balak selama 6 jam setiap minggu di pedalaman Sarawak menerima pujian ramai pihak. Guru ini gigih merentasi setiap kampung anak muridnya untuk menghantar homework.

Muhammad Nazmi Rosli, guru Bahasa Inggeris dan Seni yang menetap di Lawas, Sarawak akan mengedarkan bahan pengajaran di setiap rumah anak muridnya. Kesemua 13 kampung akan dilawati guru ini untuk menyerahkan bahan pengajaran yang sudah siap dicetak.

kerja sekolah

Gambar hiasan

Nazmi merupakan satu-satunya guru yang menetap hampir di kawasan tersebut berasa bertanggungjawab untuk melakukan tugas ini. Guru-guru lain di Sekolah Kebangsaan Long Sukang turut mengirimkan homework matapelajaran lain untuk diedarkan kepada 111 orang murid di sekolah tersebut.

Guru muda ini terlebih dahulu sudah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan pengedaran bahan belajar kepada pelajar. Sebelum menyerahkan homework, setiap muridnya akan disuruh untuk mencuci tangan terlebih dahulu. Selepas menerima homework, muridnya akan disuruh untuk mencuci tangan sekali lagi.

Usaha murni para pendidik di negara ini perlu dihargai dan dikenang. Terutama ketika negara dilanda wabak COVID-19 yang mengubah keseluruhan sistem pembelajaran setiap pelajar.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...