Sejak 2 hari lepas, hangat diperkatakan di media sosial tentang isu seorang guru dikenali ramai, Mohd Fadli Salleh yang mendedahkan bahawa dia menerima surat ‘buang kerja atau turun pangkat’ dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menerusi hantaran tersebut, dia memaklumkan bahawa dia dikenakan tindakan sebegitu hanya kerana bersikap jujur dan lantang bersuara untuk penambaikan yang boleh dibuat KPM untuk keselesaan pelajar.
Selepas hantaran itu tular di media sosial, cikgu Fadli memaklumkan menerusi Facebook bahawa Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin tag di Facebook dan emngajak untuk berjumpa berbincang tentang isu terbabit.
Bagaimanapun, dia persoal semula mengapa kali ini baru KPM dan Menteri mahu sedangkan dia sudah lantang bersuara membangkitkan isu yang sama selama beberapa tahun.
Malah, seorang netizen turut membangkitkan isu tentang guru yang didakwa bermasalah seperti bergurau lucah dengan pelajar. Mereka ini hanya dipindahkan sekolah dan tidak pula diberhentikan.
Cikgu yang bagus-bagus buat ‘salah’ dipaksa berhenti. Cikgu lucah buat hal cuma dipindahkan sekolah je.”
Ramai rakyat menyokong tindakan cikgu Fadli dalam hal ini malah ada yang meuwjudkan petisyen dan difahamkan lebih 21,000 individu sudah menandatangani tanda sokongan mereka untuk menuntut keadilan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.