Baru-baru ini, seorang wanita bergelar ibu meluahkan rasa kesal apabila mengetahui hal sebenar yang berlaku terhadap anaknya hinggakan trauma mahu ke sekolah setiap kali hari Ahad menjelang.
Difahamkan dari hantaran yang dibuat di Facebook oleh si ibu bernama Puan Eyma, dia berasa pelik kerana anak lelakinya sering pulang ke rumah dalam keadaan muram, lagi-lagi anak kecil itu mempunyai sifat memendam perasaan.
Alangkah tidak sangkanya apabila wanita itu ketahui anak lelakinya itu digigit oleh seorang guru lelaki dan ia diberitahu sendiri oleh kanak-kanak itu.
Lebih mengejutkan, anak kecil itu memberitahu guru lelaki itu menggigit mulutnya.
Katanya lagi, dia sama sekali tidak menyangka hal tersebut dilakukan oleh seorang guru, malah dapat gelak tawa oleh rakan-rakan guru lain apabila murid mengadu.
Terbaharu, Puan Eyma memberitahu dirinya sudah pun berjumpa dengan guru besar sekolah berkenaan bagi menuntut keadilan buat anak lelakinya serta pelajar lain yang turut jadi mangsa.
Menurutnya, pihak sekolah telah pun mengambil tindakan keras terhadap sikap guru lelaki itu dan ia dijalankan secara berperingkat mengikut prosedur.