Pernah tak korang ‘terbiasa’ menyebut sesuatu perkataan dalam Bahasa Inggeris, tetapi sering tertanya apa sebenarnya istilah tepat jika diterjemah kepada Bahasa Melayu?
Terutamanya penggunaan bahasa yang melibatkan alat solek seperti concealer, correcter, atau loose powder. Jarang sekali nak jumpa orang menggunakan istilah Bahasa Melayu ini kan.
Kalau korang nak tahu apa terjemahannya, jom kita lihat perkongsian Cikgu Kirana ini.
Nama ALAT SOLEK dalam bahasa Melayu. Saya bergabung dengan @syedewa (atas inisiatif beliau) untuk kuiz ini tempoh hari. Dengan kerjasama dan bantuan rakan2 seperjuangan iaitu @danieleskay @malaylingwist dan Syuk Seplee. Bersiap sedia untuk ternganga ya kawan2..? pic.twitter.com/EAYygm0TLw
— zackkirana (@zackkirana) June 22, 2021
Antara istilah yang cikgu ini sampaikan ialah sahap noda yang merupakan concealer dalam Bahasa Inggeris. Unik betul kan, boleh lah lepasni biasakan istilah ini.
Diruangan komen, rata-ratanya sangat teruja kerana akhirnya persoalan mereka selama ini sudah pun terjawab.
HAHAHAHHAHAHAHAHA first time weyy dengar nama make up dlm BM. https://t.co/SRtI4Wfzsz
— nepp (@hanief_ramli) June 22, 2021
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Jom ramai-ramai praktis bahasa ibunda ini.