Usahawan yang kini berada di Malaysia, Sajat tampil bersuara tentang isu tular berhubung murid sekolah yang tular semalam.
Lisa, kanak-kanak yang tular kerana dikepung, ditengking dan dimalukan sekumpulan guru di sekolah merupakan anak saudara Sajat.
Menerusi live di TikTok, Sajat berkata seorang guru atau warga pendidik haruslah mempunyai rasa sayang terhadap kanak-kanak.
Usahawan itu juga turut berkata kanak-kanak berkenaan bukanlah lawan kepada guru tersebut tetapi orang dewasa seperti dirinya dan adiknya, Mustika iaitu ibu kepada murid terbabit.
Cikgu, budak tu bukan lawan kau. Aku ni lawan kau, mak dia tu lawan kau.
@nursajatkz #tiktoklive #livehighlights ♬ original sound – nursajatkz
Dalam pada itu, Sajat turut berkongsi bahawa Mustika telah menukarkan Lisa ke sekolah yang lain sebelum video terbabit tular.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.