Kisah rumah tangga antara pensohor media sosial Cik Pia bersama suaminya, Bosskay semakin menjadi ikutan dan tumpuan netizen di media sosial.
Daripada isu si suami tidak hari ketika pendaftaran nama anak mereka, dakwaan Cik Pia tidak waras serta desas desus yang mengatakan lelaki itu telah bernikah kali ketiga bersama seorang artis wanita, ibu kepada dua orang anak itu kemudian tampil memberi penjelasan mengenai status perhubungannya bersama Bosskay.
Kata Cik Pia atau nama sebenarnya Norsufia Johari, dia bukan tidak mahu berpisah sebaliknya Bosskay yang enggan menceraikannya meskipun sudah lama tidak memberi nafkah kepada dia dan anak-anaknya.
Ini berikutan ramai netizen yang meminta agar Cik Pia keluar daripada perkahwinan itu dan mencari kebahagiaan sendiri.
Tambahnya lagi, anak-anak mereka kini terabai buat seketika kerana segala perbelanjaan ditanggung olehnya seorang diri dan tidak mampu untuk menambah ‘tanggungjawab’ turun naik mahkamah jika ingin menuntut fasakh.
Menjengah ke ruangan komen di video penjelasan tersebut, netizen tampil memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan Allah S.W.T.