Melalui laporan portal hiburan, usahawan dan pempengaruh, Cik Pia mewakili MSH Empire Resources nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan selebriti, Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz dengan menghantar surat tuntutan serta menuntut permohonan maaf secara terbuka.
Azlan Komeng dan isteri dituntut bayar ganti rugi RM1 juta
Dalam pada masa yang sama, Cik Pia atau nama sebenarnya, Norsufia Johari, juga meminta pasangan terbabit membayar ganti rugi berjumlah RM1 juta.
Saya bukan nak balas secara emosional. Tapi syarikat telah difitnah secara terbuka, dituduh menjual produk berbahaya dan reputasi syarikat dan sebagai usahawan diganggu dengan niat yang jelas untuk menjatuhkannya.
Melalui surat tersebut, MHS Empire Resources melalui peguam yang dilantik, Datuk Adnan Seman @ Abdullah, menuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM1 juta bagi menampung kerosakan reputasi dan kesan kewangan terhadap perniagaan, di mana selewat-lewatnya hari Jumaat ini.
“Serangan tetap berterusan, kenyataan bersifat fitnah..”
Kami dah beri peluang sebulan. Tetapi serangan mereka tetap berterusan, termasuk di media sosial dan sidang media baru-baru ini. Apabila kenyataan yang dibuat itu bersifat fitnah dan menjejaskan keyakinan pengguna, saya tiada pilihan lain selain dibawa ke mahkamah.
Dakwa usahawan itu, isu bermula selepas penjenamaan semula produk Minyak Herba Nilam HQ kepada Minyak Herba S-Herb, yang dahulunya dipasarkan bersama Nilam & Azlan melalui syarikat MSH Empire.
Mereka jual sekali dengan saya dulu. Bila dah keluar dan mahu lancarkan produk sendiri, mereka cuba burukkan produk lama seolah-olah tak selamat. Kami pernah menjual lebih 700,000 botol minyak tanpa tanpa satu pun aduan kesihatan.
Cik Pia tak berdendam tapi mahu beri pengajaran
Tambahannya lagi, dia sama sekali tidak menyimpan dendam terhadap pasangan berkenaan, sebaliknya hanya mahu memberi teguran yang boleh dijadikan sebagai pengajaran buat orang lain juga.
View this post on Instagram
Saya dah berniaga dengan jujur. Tapi bila pihak sebelah terus membuat kenyataan terbuka yang menjatuhkan, saya kena berdiri mempertahankan hak dan maruah saya dan syarikat.