Cik Epal Terharu Pizza Mendonia Dapat Review 8.7/10 Dari Jason – “Terus Terang Cakap Tak Guna Wagyu A5”

Kehidupan

Cik Epal Terharu Pizza Mendonia Dapat Review 8.7/10 Dari Jason – “Terus Terang Cakap Tak Guna Wagyu A5”

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Cik Epal meluahkan rasa terharu dan gembira apabila jenama piza miliknya, Pizza Mendonia, menerima ulasan positif daripada pempengaruh popular, Jason.

Menerusi hantaran di Threads, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, mengucapkan terima kasih kepada Jason bukan sahaja kerana mencuba piza tersebut, malah hadir dengan kostum piza yang menceriakan suasana.

Advertisement

Jason! Terima kasih banyak atas ulasan awak tentang Pizza Mendonia dan kerana datang dengan kostum piza.

Memang menceriakan hari kami. Kami hargai sokongan dan aura positif anda. Harap dapat jumpa anda lagi nanti.

Terdahulu, Jason berkongsi video mukbang di TikTok sambil memberikan ulasan jujur mengenai piza berkenaan. Dalam video itu, Jason memuji tekstur piza, pes tomato yang kaya rasa, serta penggunaan daging wagyu yang menurutnya menambah kelainan pada setiap gigitan.

jason cik epal

Lebih manis, Jason memberikan skor 8.7/10, antara markah tertinggi pernah diberikan dalam siri ulasannya.

Peminat kedua-dua pempengaruh turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan rasa bangga melihat produk tempatan terus mendapat pengiktirafan daripada ramai pencipta konten terkenal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Prince syed
2025-11-22 14:09:49

Prince Syed Menangis Di Podcast, Akui Terlalu Sayangkan Isteri - "Saya Akan Terima Balasan Dunia Akhirat Kalau Saya.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...