Cik Epal Kongsi Pizza Mendonia, Netizen Persoal Kebersihan Kuku Staf – “Kemain Mengata Dewi Dulu”

Trending

Cik Epal Kongsi Pizza Mendonia, Netizen Persoal Kebersihan Kuku Staf – “Kemain Mengata Dewi Dulu”

Perkongsian usahawan dan pempengaruh, Cik Epal di Instagram (IG) mengenai perniagaan Pizza Mendonia yang masih berada di fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah mencuri perhatian warganet.

Dalam hantaran tersebut, Cik Epal memuat naik video seorang pekerjanya yang sedang mencuba pizza sambil memberi maklum balas mengenai rasa makanan tersebut.

Advertisement

pizza mengdonia dikritik

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah kebersihan diri pekerja yang menyediakan makanan tersebut. Pengguna media sosial meluahkan rasa jijik apabila melihat kuku pekerja yang panjang dan tidak terurus, yang dianggap sebagai petanda kurangnya penjagaan kebersihan diri.

Salah seorang netizen menulis, “R&D pizza Mendonia dengan kuku panjang penuh taik. Ya Allah, loya tekak.”

pizaa mendonia dikecam kotor

Di ruangan komen, ramai warganet kecewa dan meminta Cik Epal untuk lebih peka terhadap Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Mereka juga menyarankan agar Cik Epal memeriksa kebersihan diri pekerja sebelum memuat naik sebarang kandungan yang melibatkan penyediaan makanan.

cik epal
2025-08-05 14:22:46

"Saya Lebih Tenang Lepas Jadi Single" - Cik Epal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...