“Cik Epal Hancurkan Rumah Tangga Saya Dahulu, Kerana Fitnah-Fitnahnya” – Dewi Jawab Persoalan Status Dirinya Sebagai Isteri Orang

Kehidupan

“Cik Epal Hancurkan Rumah Tangga Saya Dahulu, Kerana Fitnah-Fitnahnya” – Dewi Jawab Persoalan Status Dirinya Sebagai Isteri Orang

Masih lagi menjadi sorotan warga maya, nama Dewi sekali lagi diperkatakan setelah dia muncul dalam sebuah temu bual media hiburan, semalam.

Meskipun Dewi tampil memberi penjelasan mengenai apakah sebenarnya yang berlaku di antara dirinya, Jofliam dan Cik Epal, dia walau bagaimanapun tetap dikecam dan dikritik.

Advertisement

Tetap menerima tohmahan warga maya, Dewi semalam mendedahkan status dirinya yang bukan lagi milik sesiapa dek kerana fitnah yang dicetuskan Cik Epal.

Dewi perjelas status rumah tangganya

Saya tak dapat nak cerita hal yang sepenuhnya sebab ia melibatkan rumah tangga saya. Saya tak suka publicise hal rumah tangga saya dekat media sosial.

Saya tak nak berjumpa dengan Cik Epal pada awalnya sebab dia dah hancurkan masjid saya dahulu, kerana fitnah-fitnahnya. Sebab tu masa dia berjumpa dengan saya, dia menangsi.

Susulan daripada hal itu, Dewi ada memberitahu media bahawa dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua Jofliam oleh Cik Epal sebagai tanda ‘menebus’ kesilapannya.

Cik Epal sendiri cakap, disebabkan dia sudah menghancurkan rumah tangga saya dahulu, rumah tangga dia sendiri hancur.

Sebab itu Cik Epal tawarkan saya untuk jadi isteri kedua, untuk menebus kesilapannya. WhatsApp daripada Cik Epal semua ada sebagai bukti.

Terdahulu, usahawan dan pensohor media sosial Cik Epal memaklumkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Jofliam setelah 10 tahun hidup bersama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dewi beri penjelasan isu sondol jofliam cik epal
2 months ago

(VIDEO) "Cik Epal Tawarkan Saya Jadi Isteri Kedua.." - Dewi Tampil Penjelasan Isu Jadi 'Penyondol' Rumah Tangga Jofliam Dan Cik Epal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...