Cik Epal Enggan Jaja Kisah Kemelut Rumah Tangga – “Aku Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Sangat Baik”

Kehidupan

Cik Epal Enggan Jaja Kisah Kemelut Rumah Tangga – “Aku Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Sangat Baik”

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Cik Epal memaklumkan bahawa dia enggan menjaja kisah kemelut rumah tangganya di alam maya kerana masih menghormati suaminya, Jofliam.

Sebelum ini, Jofliam mendedahkan bahawa dia sedang mengalami masalah rumah tangga bersama isterinya itu kerana difitnah mempunyai hubungan sulit bersama salah seorang pekerjanya yang bernama Dewi.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Instagram, Cik Epal berkata dia tidak mengeruhkan keadaan yang sedia kacau dan ribut itu.

Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan.

Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang.

Terdahulu, menerusi komen media sosial, Jofliam berkata statusnya kini bukan suami kepada sesiapa dan tindakannya membawa Dewi ke luar negara untuk urusan perniagaan tidak boleh dianggap curang.

Lelaki itu menegaskan bahawa dia tidak pernah bermain kayu tiga sepanjang bergelar suami orang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin kerja kedai perap daging
3 months ago

"Tindakan Saya Mungkin Mengejutkan Rakyat Malaysia" - Fattah Amin Kerja Keras, 'Bawa Diri' Jual Kambing Perap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...