Cik Epal Dedah Tak Pernah Dapat Nafkah Sebelum Jofliam Ada Bisnes Piza – “Allah Uji Senang Sikit, Terus Menggeletis..”

Kehidupan

Cik Epal Dedah Tak Pernah Dapat Nafkah Sebelum Jofliam Ada Bisnes Piza – “Allah Uji Senang Sikit, Terus Menggeletis..”

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Cik Epal mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima nafkah daripada bekas suaminya iaitu Jofliam sebelum bekas suaminya itu menjalankan perniagaan piza wagyu sekitar tahun 2021.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berkata pemberian nafkah yang didakwa sebanyak RM5,000 pada setiap minggu itu juga tidak konsisten.

Advertisement

cik epal

Sebelum buat piza, satu sen nafkah pun awak tak pernah bagi saya tau.

Malah, usahawan itu turut mendakwa pada awal perkahwinan mereka juga Jofliam meminta supaya membahagikan tanggungjawab secara 50-50 kerana tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga.

Hal Han dan Yuki tu memang tanggungjawab awak lah. Dari awal kahwin suruh 50-50 sebab awak tak mampu. Saya layankan sebab saya tak kisah susah senang dari awal.

 

Tapi Allah uji awak senang sikit bila ada piza, terus menggeletis dengan perempuan lain.

cik epal tak dapat nafkah

Sebelum ini, Jofliam atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Haji Abdul Jofli mendakwa dia memberi nafkah kepada Cik Epal kira-kira RM5,000 pada setiap minggu dalam sebulan.

Bukan itu saja, malah Jofliam turut memperlekehkan kontrak yang ditandatangani oleh bekas isterinya selama setahun untuk harga RM250,000 adalah jumlah yang kecil.

jofliam bagi nafkah 5000 sebulanSumber : Threads 

Namun, Cik Epal tampil menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan kontrak yang ditandatangani untuk menjadi duta jenama kosmetik itu hanyalah tiga bulan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

7 days ago

"Pergi St Regis Sign Kontrak, Tak Main Langsir..." - Cik Epal Ditawar RM250K Jadi Duta Produk Kosmetik Tempatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...