Cik Epal Dapat Hak Penjagaan Penuh Dua Anak, Sanggup Duduk Dekat Dengan Jofliam – “Asalkan Anak Punya Ayah Walaupun Aku Dibuang”

Trending

Cik Epal Dapat Hak Penjagaan Penuh Dua Anak, Sanggup Duduk Dekat Dengan Jofliam – “Asalkan Anak Punya Ayah Walaupun Aku Dibuang”

Menerusi perkongsian di Instagram, Cik Epal mendedahkan bahawa dia berjaya mendapat hak penjagaan penuh terhadap dua anaknya, Han dan Yuki.

Katanya, demi kepentingan anak-anak Cik Epal ketepikan banyak hal termasuklah kecurangan Jofliam dan juga apa yang dilakukannya lelaki itu di media sosial sebelum ini.

Advertisement

Aku ketepikan bahawa duda aku burukkan aku depan anak, aku ketepikan hal aku diburuk-burukkan dan aku ketepikan fakta dia curang.

Cik Epal dapat hak penjagaan dua anak

Akui Cik Epal, Jofliam adalah seorang bapa yang baik namun enggan lelaki itu bercakap dengan dua anak mereka kerana tahu dia akan menggunakan pelbagai cara untuk merakam percakapan dan memanipulasi keadaan.

Dalam pada itu, pempengaruh tersebut juga berkata dia sanggup tinggal berdekatan dengan rumah Jofliam asalkan kedua-dua anaknya gembira selain dapat bergilir-gilir menjaga.

Cik Epal juga berharap agar Jofliam tidak akan memburuk-burukkan dirinya lagi di media sosial dan akui akan melawan semula sekiranya hal tersebut terjadi lagi.

Demi anak-anak, aku cari rumah dekat supaya duda aku boleh jumpa dan boleh gilir-gilir jaga. Boleh jumpa anak anak selalu. Mengalah demi anak. Asalkan anak gembira dan punya ayah walaupun aku dibuang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

2 months ago

Cik Epal Dedah Jofliam Whatsapp Kurang Ajar Dengan Ibu Bapanya, Siap Suruh Merangkak Cari Di Akhirat - “Duda Aku Tu Memang Kena Ajar, Jangan Sentuh Ibu Ayah Aku!”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...