Usahawan dan pempengaruh terkenal, Cik Epal mendakwa bekas suaminya, Jofliam culas dalam membayar cukai meskipun jualan pizza wagyunya mencecah angka ratusan ribu sebulan.
Ekoran itu, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud meminta supaya pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat perniagaan Jofliam untuk tindakan lanjut.
Macam mana peniaga pizza RM150 sekeping maintain lifestyle? Bayar rumah sewa RM8,500 sebulan, bayar kereta sewa RM8,000 hingga RM10,000 (sebab sewa ikut mood).
Kadang-kadang ambil Range Rover, kadang-kadang dia sewa Alphard atau Vellfire.
Mana cekau duit bayar semua tu? Dengan bisnes pizza wagyu dia lah.
Dia mendakwa bekas suaminya itu sering menggunakan alasan perniagaannya tidak membawa untung kerana mahu mengelak daripada membayar cukai.
Jangan menipu kata tak ada untung, tu semua ayat nak lari tax je. Sales pizza dia dulu RM ratus ribu sebulan.
Mengulas lanjut, dia berkata tindakan bekas suaminya itu sangat tidak adil buat golongan peniaga yang berniaga secara jujur.
Disebabkan menyewa dan buat bisnes ambil cash sahaja memang lepas dari bayar income tax ke? Kalau bayar pun sikit je sebab ambil cash?
Tak adil untuk orang yang betul-betul buat bisnes tapi bayar income tax dengan tepat. Sebab ambil cash boleh suka-suka ikut tekak dia bayar amount berapa dia nak? Padahal untung lebih daripada itu.
Menjengah ke ruangan komen, seorang individu mendakwa pihak LHDN sedang memantau dan giat mengumpul bukti mengenai perniagaan pizza wagyu itu.