October 15th, 2019

Walaupun selalunya Cik B lebih gemarkan gaya ringkas dan santai, tetapi dia cuba membawa kelainan dengan tampil bergaya dengan solekan tebal sebagai model untuk kulit muka majalah Remaja edisi terbaru ini.

Rata-rata netizen juga telah memuji penampilan anak perempuan Dato’ Seri Vida itu yang keluar daripada zon selesanya. Namun begitu, ada sahaja mulut sumbang dan tidak sensitif yang telah mengata rupa Cik B untuk penggambaran itu.

cik b dikutuk netizen kerana solekan tebal

cik b dikutuk netizen kenakan solekan tebal

Selepas menerima kritikan melampau, Dato’ Seri Vida telah tampil dan menceritakan bahawa anaknya kini berasa rendah diri dan tidak bersemangat selepas foto tersebut dipersendakan ramai orang.

 

Kecaman, cacian dan makian yang dilemparkan kepada Cik B.

Ramai yang mengata Cik B, buatkan Cik B rasa rendah diri, tak semangat, suka menyendiri dan buat hal sendiri.

Rintihan itu telah dikongsikan oleh Dato’ Seri Vida di laman Instagramnya. Ibu mana yang tak sedih apabila anaknya dicaci dan dihina kan?

Sumber: Instagram


18 responses to ““Cik B Rasa Rendah Diri”- Dato’ Vida Buka Mulut Isu Kecaman Gambar Anaknya Jadi ‘Cover’ Majalah”

  1. Izzah says:

    terus ke depan Cik B,masih ramai lagi yg sayang awak…

  2. Anonymous says:

    kenapa la nak usik ciptaan Allah? klu korang yg kaki kutuk ni cantik handsome, bersyukur la.. tp jgn la nk hina ciptaan Allah.. kesian budak tu.. jgn bg dia rs down atau rendah diri.. ni la punca boleh jadi depression atau nk bunuh diri..

  3. Anonymous says:

    aikkk Nara….. ayat jilat nmpk…

  4. Anonymous says:

    Comel cik b.Jahat org yang kutuk2 dia

  5. Anonymous says:

    Artis ke?

Loading...