Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Cik B Langgar Wanita Hamil Sehingga Parah, Dato Seri Vida Takut Anak Trauma, Rupa-Rupanya…

DSV Cik B

Kecoh apabila anak perempuan kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B didakwa telah melanggar seorang wanita hamil sehingga mengalami cedera parah, baru-baru ini.

Difahamkan Cik B yang merupakan individu bawah umur dan masih lagi tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan ini turut memandu dengan kadar had laju yang dibenarkan.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan DS Vida menerusi beberapa hantaran di laman TikTok yang memaparkan beberapa detik-detik cemas serta rakaman ketika kejadian itu berlaku.

Video tersebut turut memaparkan wanita hamil itu sedang terbaring kesakitan sebelum digesa untuk dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

@datoserividaofficialTUMPAH DARAH………..##fypp ##fyp? original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

@datoserividaofficial#fyp #tiktokmalaysia #tiktok? original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Rakaman video tersebut turut memperlihatkan reaksi orang ramai yang mula bertekak di tempat kejadian dan mula menuding jari kepada Cik B. DS Vida yang turut berada di lokasi dilihat bersikap lebih tenang dalam mengambil alih tanggungjawab menguruskan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Rata-rata netizen kagum akan tindakan DS Vida yang mengutamakan mangsa untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan meskipun keadaan dilihat tegang buat seketika.

Turut berjanji akan memberi kerjasama kepada pihak polis dan bertanggungjawab ke atas wanita tersebut, DS Vida juga kelihatan bimbang jika anak perempuannya itu mengalami trauma dan tekanan akibat insiden itu.

Walau bagaimanapun, melihatkan wajah ibunya yang semakin panik, Cik B kemudian tampil menjelaskan bahawa kejadian itu sebenarnya hanyalah ‘prank’ yang telah dirancang oleh pihak produksi sebuah program televisyen.

DS Vida kemudian mulai rebah dan menangis sebelum dipujuk anaknya dan kru produksi, mungkin kerana terkejut dikenakan seperti itu.

Wanita hamil yang dilaporkan cedera parah itu juga hanyalah lakonan semata-mata dan insiden tersebut hanyalah sebuah gurauan.

Terdahulu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen pernah terpalit dengan satu kontroversi di mana tular video dia memandu kenderaan di bawah had umur meskipun hanya di perkarangan rumah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    May 25, 2021 at 11:07 am

    KEMARUK CONTENT

  2. Anonymous

    May 24, 2021 at 3:20 pm

    main prank. nanti betul2 berlaku, habis kau. Prank prank pun face mask mana? sudah lali covid dua-beranak ni ke?

  3. Apelah

    May 24, 2021 at 2:59 pm

    Ishh ada pulak prank mcm tu. saya pon takot tengok. Agak2 lah. Jgn tiru sgt prank2 mengarut dari luar negara tu. sampai menangis mak. Tak matang betol cikb ni. Kalau jadi apa2 dekat dsv mcm mana? Benda mcm ni x kelakar. Jgn buat lg prank xde manfaat mcm ni.

  4. Anonymous

    May 24, 2021 at 12:47 pm

    Bodoh.. kalau mak kau sakit jantung baru kau tau apa rasa prank tu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top