Kecoh apabila anak perempuan kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B didakwa telah melanggar seorang wanita hamil sehingga mengalami cedera parah, baru-baru ini.
Difahamkan Cik B yang merupakan individu bawah umur dan masih lagi tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan ini turut memandu dengan kadar had laju yang dibenarkan.
View this post on Instagram
Perkara tersebut dikongsikan DS Vida menerusi beberapa hantaran di laman TikTok yang memaparkan beberapa detik-detik cemas serta rakaman ketika kejadian itu berlaku.
Video tersebut turut memaparkan wanita hamil itu sedang terbaring kesakitan sebelum digesa untuk dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
@datoserividaofficialTUMPAH DARAH………..##fypp ##fyp? original sound – QU PUTEH BARULAH PUT
@datoserividaofficial#fyp #tiktokmalaysia #tiktok? original sound – QU PUTEH BARULAH PUT
Rakaman video tersebut turut memperlihatkan reaksi orang ramai yang mula bertekak di tempat kejadian dan mula menuding jari kepada Cik B. DS Vida yang turut berada di lokasi dilihat bersikap lebih tenang dalam mengambil alih tanggungjawab menguruskan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Rata-rata netizen kagum akan tindakan DS Vida yang mengutamakan mangsa untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan meskipun keadaan dilihat tegang buat seketika.
Turut berjanji akan memberi kerjasama kepada pihak polis dan bertanggungjawab ke atas wanita tersebut, DS Vida juga kelihatan bimbang jika anak perempuannya itu mengalami trauma dan tekanan akibat insiden itu.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, melihatkan wajah ibunya yang semakin panik, Cik B kemudian tampil menjelaskan bahawa kejadian itu sebenarnya hanyalah ‘prank’ yang telah dirancang oleh pihak produksi sebuah program televisyen.
DS Vida kemudian mulai rebah dan menangis sebelum dipujuk anaknya dan kru produksi, mungkin kerana terkejut dikenakan seperti itu.
Wanita hamil yang dilaporkan cedera parah itu juga hanyalah lakonan semata-mata dan insiden tersebut hanyalah sebuah gurauan.
View this post on Instagram
Terdahulu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen pernah terpalit dengan satu kontroversi di mana tular video dia memandu kenderaan di bawah had umur meskipun hanya di perkarangan rumah.