Baru-baru ini, anak kepada usahawan dikenali ramai, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B telah menjadi perhatian ramai selepas mendedahkan pendapatan bulanannya melebihi RM500,000.
‘Income’ sebulan lebih RM500,000
Namun begitu, dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok Adalyna, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin enggan mendedahkan secara terperinci jumlah sebenar pendapatannya.
Kata Cik B dalam perkongsian yang sama, dia memang memasang impian untuk bergelar usahawan berjaya satu hari nanti dan menitipkan pesanan buat anak muda untuk bersungguh-sungguh mengejar impian masing-masing.
Perlu sentiasa ‘push’ diri kita untuk bekerja kerasa walaupun kita tidak suka perkara itu. Perlu cari minat masing-masing.
Golongan Gen Z tak pemalas tapi..
Dalam pada masa yang sama, Cik B turut memberi pandangannya mengenai stigma masyarakat yang merasakan kebanyakan golongan Gen Z pemalas.
Saya rasa banyak faktor termasuk masalah kesihatan mental. Tetapi tidak boleh nak salahkan benda itu seratus peratus. Mungkin ada yang malas disebabkan cara hidup mereka.