Cik B Dedah Harga Baju & Beg Jenama Mewah, Safwan Nazri Terkejut Lagi Mahal Dari Kereta – “Podcast Paling Seram”

Trending

Cik B Dedah Harga Baju & Beg Jenama Mewah, Safwan Nazri Terkejut Lagi Mahal Dari Kereta – “Podcast Paling Seram”

Menerusi podcast kendaliannya baru-baru ini, pelakon Safwan Nazri terkesima apabila mendengar harga barangan yang dipakai tetamu undangan iaitu personaliti media sosial, Cik B.

Pada episod podcast Sembang Seram tersebut, dia telah bertanya kepada anak usahawan terkenal, Dato Seri Vida itu tentang harga baju dan aksesorinya.

Advertisement

Baju hoodie RM8,000, t-shirt dalam RM4,000 tapi orang semua tahu saya memang peminat Balenciaga sebab logo ‘B’.

Cik B

Banyak pasang saya ada, saya pun tak terkira sampai kawan sempat mencuri baju. Harga cincin dalam RM2,000 sahaja. Yang Gucci pula harganya dalam RM1,500.

Cik B atau nama lengkapnya Edlynn Zamileen Muhammad Amin juga turut berkongsi koleksi beg tangan dimilikinya yang berharga puluhan ribu ringgit.

Kata Cik B, dia banyak menggunakan beg tangan jenama mewah Louis Vuitton dan Chanel dan kini kerap kali menggayakan jenama Birkin.

Beg Birkin itu harganya RM80,000.

Cik B

Reaksi terkejut Safwan selepas Cik B menyebut harga setiap barang itu telah mencuri perhatian netizen malah dia turut membandingkan harga beg tersebut dengan kereta.

Patutlah dia setia beg dia RM80,000..lebih mahal daripada Honda City.

@sembangseram perghh lain macam level CikB Alhamdulilah, hampa jangan dok pandai2 kecam, aku yg tanya semua ni sbb aku impress hihi #Sembangseram #Seram #CikB #Ceritaseram #Kisahseram #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast ♬ original sound – sembangseram

cik b berparti
2 weeks ago

"Tak Baiklah Korang.. Sambutan Hari Jadi Tu Dibuat Di Rumah, Bukannya Kelab Malam" - Cik B Mohon Maaf Buat Ramai Kecewa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...