August 16th, 2020

Siapa tidak kenal Cik B yang merupakan anak kepada pengusaha komestik Datuk Seri Vida yang mempunyai kumpulan peminatnya yang tersendiri.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin sekali lagi menjadi trending di laman sosial twitter apabila penampilannya dikatakan kelihatan luar daripada kebiasaan sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-15 pada 19 Mei lalu.

Dia yang sebelum ini sering dilihat berpakai seperti lelaki telah mengenakan pakaian yang lebih feminin dan kelihatan lebih cantik daripada kebiasaan. Perkara tersebut telah dikongsi sendiri oleh Cik B di laman twitter dan instagram miliknya.

View this post on Instagram

:)

A post shared by ???? ?????® ?????? (@cikb_havoc66) on

Dalam video tersebut, Cik B yang menggayakan baju berona coklat itu tampil manis dengan solekan ringkas dan rambut lurus yang didandan rapi. Dia turut kelihatan bersama dengan pelakon baru, Shasha Abedul.

Netizen yang mengikuti entri berkenaan rata-rata memuji penampilan dan menyifatkan Cik B kini sudah meningkat dewasa dan matang.

Malah ibunya, Datuk Seri Vida (DSV) turut memuji anaknya itu di Instagram.

“Anak mama ke ni? Tunggu yang kecam Cik B tu. Hambek,”

Sehingga kini, video di Instagram telah mendapat tontonan hampir 240,000 tontonan manakala video sama di twitter pula mendapat ‘views’ sehingga 260,000 tontonan. Patutlah trending!


2 responses to “Cik B Dah Jadi ‘Cik Beautiful’, Berdandan Cantik Sempena Majlis Hari Jadi, Anak Datuk Seri Vida Jadi Tumpuan”

  1. Zioe says:

    Bagi aku..itu penting…penampilan cantik kemas teratur semua tu perlu…lagi u are influencer y ada follower y ramai…..bg contoh kekemaaan diri…xmau la selekeh…at least la…kan…be yourself time make up tu dan jgn nmpk fake sgt…

  2. Anonymous says:

    make up kot. tu pun nak poyo….make up dan tidak make up, nampak kot perbezaan. Semua org make blh jadi cantik.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...