Written by Bella | July 8th, 2019

Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida telah mengadakan satu sidang media dan memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi Aishah berkaitan isu barang kemas palsu. DSV meluahkan rasa syukur kes berkenaan dapat diselesaikan secara baik dan akan membayar harga barang kemas yang dipilih Aishah berjumlah RM80,000.

Namun, ketika sidang media berkenaan, anak perempuan DSV membuat kejutan apabila menyerahkan wang berjumlah RM100,000 kepada ibunya bagi menyelesaikan kes hutang dengan Aishah.

Sebagai seorang anak, Cik B merasakan dirinya bertanggungjawab untuk membantu ibunya dan tidak mahu lagi melihat DSV menangis setiap hari kerana memikirkan kemelut antaranya dan juara Gegar Vaganza 4 itu.

Mama pernah mengadu mengenai masalah ini namun Cik B buat tidak kisah sebab tidak mahu mama sedih. Tetapi Cik B sebenarnya kisah dengan masalah yang dihadapi mama dan ia terlalu berat bagi mama.

Itu sebabnya Cik B rasa terpanggil untuk membantu mama dalam kes ini dan hari ini Cik B menyerahkan hasil jualan produk sendiri iaitu kulit ikan salmon disalut serbuk telur masin yang diberi nama Cik B Chips berjumlah RM100,000.

DSV bukan sahaja perlu membayar ganti rugi barang kemas RM80,000 kepada Aishah tetapi dia juga  perlu membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguamcara penyanyi itu. Menurut DSV, tiada istilah kalah atau menang sebaliknya keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama.

Sumber Berita : Kosmo Online

17 responses to Cik B Bikin “Kejutan” Serah RM100,000 Kepada DSV, Ganti Barang Kemas Aishah

  1. sos says:

    propa jer laa 2 ekor ni… ni kaluuu story raih simpati masih xjln… up ayat2 agama pulekkk yerrr…. sudeeee laaa pusing2 withdraw duit dari acct anak beranak ceiii..

    34

    0
    • hhorraayy says:

      mempergunakan anak sendiri untuk meraih simpati. Apa2 pun dia seorang penipu, tidak berakhlak dan tak wajar menjadi seorang ikon malah seorang ibu. Sepatutnye kita boycott orang seperti ni

      40

      1
  2. kelantit says:

    sempat lagi marketing. k.. next

    23

    -1
  3. Kristal Biru says:

    DSV bukan ke KAYA RYA.. shopping kemain.. harga semua ribu riban.. tapi nak bayar setakat RM80K boleh pulak rasa susah..

    Ape ke bende nyer DSV.. !!!!!

    34

    0
  4. Anonymous says:

    let’s not shift the focus. Focus is on the case, not Cik B. Not the amende salut telur masin tu or income generated. So, mother and daughter, please stop what you’re doing ya. Jangan nak alihkan fokus. Rakyat jelata bukannya bodoh. Kami tengok dan kami evaluate serba serbi.

    29

    0
    • Rosmah says:

      Setuju. This is distraction . Ianya patut sidang media permohonan maaf DSV pd Aisyah. Bknnya kisah anak mithali yg kasihkan ibu. Ps: nothing against cik b.

      14

      0
  5. Anonymous says:

    Konon nak kita kesian lah tu.. Konon x mampu bayar sampai anak terpaksa serah kan duit simpanan sendiri.. Tak habis2 propa.. Tak habis2 nak menipu.. Sedih lah hidup macam ni..

    27

    0
  6. pening lalat says:

    wow, jual salmon skin salted egg, udah blh untung banyak, jom kita jadi agent jual salmon skin salted egg, kaya kaya kaya, sempat pula buat marketing

    6

    1
    • Anonymous says:

      kan…. marketing anak beranak jer tuh.. nk promo jual salmon skin bole jana 100k… lepas ni up story makcik2 nk jd agent pulak… kekonon impian 100k tercapai… sila laa up nasib makcik2 yg beratur jd agent bitcoin dsv ni.. habis tergadai duit simpanan

      15

      0
  7. faraj says:

    ni kalau Ulama2 PAS..tgk ni mesti nk buat bini..anak beranak ni..sebab umat PAS kan Pemalas….sebab tu iumat PAS dihanat manusia …

    0

    9
  8. bong cit says:

    PUSING DUIT MAK KO GAK..X MANA KO ADA DUIT BYK TU…CM X LOGIK JE UMUR KO G BANK KUAR DUIT RM100K

    6

    0
  9. Mia says:

    Drama sgt 2 branak ni..

    6

    0
  10. Anonymous says:

    Mizz Nina anak Tan Sri Azman Hashim Chairman AmBank takde pulak menunjuk2 harta bagai mcm diaorang ni. Drama tak habis anak beranak DSV ni

    12

    0
  11. c sengal says:

    duit awak tu dpt dr mana cik b? review produk kt insta ke cmana? ke duit tu mak awak bg bulan2? takpe lah bagus lah tu noat nk tolong mak.. tu yg penting.. nilai murni.. but nk war2kan juga ke sosial media kenapa? halah halaaaahhhhhhhh… bayo je la kat aisyah tu.. tkmo drama sgt ah!

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Masih tknak kalah si bida ni..berpakat jadikan anak konon sanggup bantu emak yg susah.. duit berjuta apanya yg susah…duit tu pun duit kau jgk bida..sambil menyindir minum air..konon anak simpati kat ibu…tolong bayarkan saman mak…at the same time..promote product..pooodah!

    4

    0
  13. bong cit says:

    anak byr duit tuk mak..mak plak bila nak byr duit lavida coin yg ko tipu org tu…hidup dgn duit x berkat…org dok sumpah seranah ko…sian wei tgk org menagih duit balik ko buat pekak…

    3

    0
  14. mama says:

    Hahahaha ye la tu duit Cik B. Ntah2 DSV bg duit tu kt CIk B…Cik B dtg hulur kt mak dia. Hahaha…pandai benar berlakonnya.

    2

    0

Leave a Comment

Optional