Cik B Bikin “Kejutan” Serah RM100,000 Kepada DSV, Ganti Barang Kemas Aishah

Hiburan

Cik B Bikin “Kejutan” Serah RM100,000 Kepada DSV, Ganti Barang Kemas Aishah

Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida telah mengadakan satu sidang media dan memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi Aishah berkaitan isu barang kemas palsu. DSV meluahkan rasa syukur kes berkenaan dapat diselesaikan secara baik dan akan membayar harga barang kemas yang dipilih Aishah berjumlah RM80,000.

Advertisement

Namun, ketika sidang media berkenaan, anak perempuan DSV membuat kejutan apabila menyerahkan wang berjumlah RM100,000 kepada ibunya bagi menyelesaikan kes hutang dengan Aishah.

Sebagai seorang anak, Cik B merasakan dirinya bertanggungjawab untuk membantu ibunya dan tidak mahu lagi melihat DSV menangis setiap hari kerana memikirkan kemelut antaranya dan juara Gegar Vaganza 4 itu.

Mama pernah mengadu mengenai masalah ini namun Cik B buat tidak kisah sebab tidak mahu mama sedih. Tetapi Cik B sebenarnya kisah dengan masalah yang dihadapi mama dan ia terlalu berat bagi mama.

Itu sebabnya Cik B rasa terpanggil untuk membantu mama dalam kes ini dan hari ini Cik B menyerahkan hasil jualan produk sendiri iaitu kulit ikan salmon disalut serbuk telur masin yang diberi nama Cik B Chips berjumlah RM100,000.

DSV bukan sahaja perlu membayar ganti rugi barang kemas RM80,000 kepada Aishah tetapi dia juga  perlu membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguamcara penyanyi itu. Menurut DSV, tiada istilah kalah atau menang sebaliknya keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...