Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Cik B, Anak Mama Yang Hebat’ – DSV Mohon Maaf Jadi Punca ABC Tersingkir Di MLS2

Di minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2), kumpulan ABC yang dianggotai Chiwan, Achok dan Cik B telah menjemput ahli perniagaan terkenal, Dato’ Seri Vida sebagai tetamu jemputan. Namun, gandingan tersebut dikatakan kurang menjadi menyebabkan kumpulan ini gagal ke pentas akhir.

Terbaru, Dato’ Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV memohon maaf kepada anaknya, Cik B dan kumpulan ABC kerana gagal membantu kumpulan itu mara ke peringkat seterusnya. Kata DSV lagi, dia berasa bersalah dan kesal kerana penyingkiran berlaku seolah-olah berpunca daripada dirinya.

Advertisement

Kepada Cik B, anak mama yang hebat. Cik B jangan down. InsyaAllah ada rezeki lebih lagi untuk Cik B, semua ini ada hikmah. Menjadikan titik kegagalan Cik B dan kumpulan Cik B sebab Mama. Tapi iringan doa Mama sentiasa ada bersama Cik B. Mama minta maaf Cik B.

Cik B dan kumpulan dah buat yang terbaik tetapi dijadikan takdir sebab Mama kumpulan Cik B tak boleh masuk ke final.

Jelasnya lagi, dia bersetuju untuk menjadi tetamu jemputan bukan untuk meraih glamor atau populariti. DSV sendiri tidak menyangka niatnya untuk membantu sedikit tersasar walaupun sudah membuat latihan.

Sebagai seorang ibu, DSV sentiasa menyokong minat Cik B dan terkilan kumpulan itu tidak melangkah ke final Muzikal Lawak Superstar 2 disebabkannya.

Kata ahli perniagaan ini lagi, ini merupakan pengalaman terburuk sepanjang dia berada dalam bidang penyiaran. Walau bagaimanapun dia menerima dengan redha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Di ruangan komen, penonton beranggapan kemunculan DSV telah menenggelamkan mutu sketsa ABC. Kata mereka lagi, ABC yang merupakan salah satu kumpulan harapan telah membuat satu kesilapan besar.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. anonymous

    April 5, 2021 at 10:33 am

    them so horrendous uglyy

  2. I TAK MINAT DSV TPI X JUGAK SMPAI MEMBENCI

    April 5, 2021 at 10:26 am

    elok2 perangai tu DSV. Tak semua orang suka. Sekian. apa2 pun hidup ne chill je lah. Stay humble.

  3. tecit

    April 5, 2021 at 9:40 am

    kate tukar watak, tp die jadikan watak cik B mcm die. gedikkk nak mammmmps. aduhaiii lah DSV. mane la org xmeluat..

  4. Smartbird

    April 4, 2021 at 11:29 pm

    * Boleh, sori typo error.

  5. Smartbird

    April 4, 2021 at 11:27 pm

    Is ok DSV, U did your best but dah takde rezeki, nak buat macam mana kan! Mungkin ada rezeki lain yang menunggu utk kumpulan ABC sebab perancangan Allah tiada yg boelh menduganya. Bak pepatah Kak Nita, one door closed is for another to open.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top