“Cico Bukan Disihir Tapi…” Penyanyi 70-an Uji Rashid Dedah Perkara Sebenar Menimpa Anak Lelakinya

Hiburan

“Cico Bukan Disihir Tapi…” Penyanyi 70-an Uji Rashid Dedah Perkara Sebenar Menimpa Anak Lelakinya

Penyanyi lagenda yang terkenal ketika era 1970-an, seniwati Uji Rashid mendedahkan kisah sebenar yang menimpa anak lelakinya, Cico yang khabarnya telah menghidap penyakit misteri.

Dia yang ditemui dalam sebuah program khas anjuran Prof. Datuk Dr. Muhaya dan Muhayya Momentum yang diberi nama Telekung Talk itu turut berkata, terdapat pelbagai versi cerita dan desas-desus yang tidak benar mengenai anaknya itu.

Advertisement

Menurut Uji, Cico bukan disihir seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini namun anaknya itu telah diracun dimana pelbagai jenis racun telah dicampur dalam gelas minumannya.

“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi dan cerita mengenai keadaan anak saya. Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya. Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam tapi dengan kuasa Allah, Cico masih diberikan umur yang panjang sehingga ke hari ini.”

Cerita penyanyi itu lagi, Cico telah rebah tidak sedarkan diri usai saja meminum minuman tersebut dan ditinggalkan seorang diri tanpa bantuan selepas menghadiri sambutan ulang tahun kelahiran rakannya.

Uji turut mengimbas kembali keadaan anaknya yang mengalami muntah-muntah dan wajah dipenuhi darah. Disebabkan keracunan itu, Cico terlantar sakit agak lama dan tidak mengenali siapa ibunya (Uji Rashid) dan juga anaknya.
Meskipun begitu, Uji meluahkan rasa syukur kerana anaknya masih bertahan sehingga kini meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik.

Mengakui dia dan keluarga menghadapi ujian hebat ketika Cico terlantar sakit, Uji memberitahu bahawa dia dan cucunya pernah dihalau daripada rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang dan terpaksa menginap di hotel bajet selamat berbulan-bulan.

Bersyukur masih ada yang prihatin, Uji mendedahkan ada seorang hamba Allah yang juga peminatnya telah memberi mereka tempat untuk berteduh.

Dia yang kini menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sejak tahun lalu dilihat turut mengadakan majlis sambutan hari jadi buat puteri tunggal Cico iaitu Nur Fitrah ketika program itu berlangsung.

Sekadar info, program Telekung Talk itu disiarkan menerusi laman Facebook Prof Datuk Dr. Muhaya yang turut pernah menampilkan artis terkenal seperti Neelofa, Lisa Surihani dan Fazura sebagai tetamu undangan.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...