Selepas hampir seminggu memenuhkan perut dengan rendang, ketupat, lemang dan kuih-kuih raya, perut buncit Abang Nara mengidam nak makan benda lain. Tup-tup dapat jemputan untuk pergi makan Pizza Hut kat Kota Damansara. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Abang Nara dan wife yang comel terus meredah lautan jam untuk memuaskan nafsu makan.
Abang Nara memang suka makan kat Pizza Hut. Suasana tenang, menu yang ada memang best dan paling penting dapat borak-borak dengan wife dan rakan-rakan yang datang. Senang citer Pizza Hut memang tempat terbaik untuk enjoy makanan bersama dengan mereka yang tersayang.
Dan paling menariknya, menu terbaru yang ada di Pizza Hut sangat-sangat menggiurkan. Nama pizza yang sumpah sedap ini ialah “CHUNKY LOADEDâ€. Dengar nama pun dah terkeluar air liur kan? Tagline dia pun mantap jugak, CHUNKY LOADED -10 Chunky Layers! Bigger Bites To Share.  Ce korang tengok gambar CHUNKY LOADED kat bawah nie supaya makin banyak air liur yang terkeluar.
Lazat kan? Kalau anda nak tahu, pizza terbaru daripada Pizza Hut ini dinamakan CHUNKY LOADED kerana ianya dipenuhi dengan 10 lapisan isi yang sangat-sangat best. Bukan 5 bukan 6 dan bukan juga 9, tetapi 10 lapisan penuh kelazatan. Daripada lapisan terbawah hinggalah ke atas dipenuhi dengan Crunchy Crust, Napoli Sauce, Mozzarella Cheese, Roasted Veggie Mix, Tortilla Crust, Roasted Veggie Mix, Chicken or Beef Topping, Diced Tomatoes, Tortilla Strips dan Mozzarella Cheese. Pergh ~~~~~~~
Tue dia wife Abang Nara dah terkena penangan CHUNKY LOADED. Mak mertua lalu pun tak sedar. Untuk pengetahuan korang, pizza yang ada 10 lapisan macam ini hanya boleh didapat di Pizza Hut. Tak ada di tempat lain. Meh Abang Nara bagi close up sikit gambar CHUNKY LOADED nie. Biar korang terus nak pergi makan hari nie jugak.
Dah teruja kan? Dah terasa nak pergi Pizza Hut sekarang jugak kan? Sabar dulu. Cuba korang tengok video Pizza Hut Chunky Loaded kat bawah nie dulu. Cuba perhatikan apakah mesej yang cuba disampaikan.
Mesej yang ingin disampaikan tak lain tak bukan pergi Pizza Hut kena beramai-ramai. Jangan pergi sorang-sorang. Kalau makan ramai-ramai lagi best, lagi meriah dan lagi gembira. Jangan risau tak adanya pekerja Pizza Hut nak marah korang kalau korang gelak-gelak gembira kat situ. Lagi diorang tumpang gembira adalah. Tak gitu?
Di atas ialah muka penuh gembira Abang Nara dan wife selepas membaham beberapa kepingan Pizza Chunky Loaded. Rasa dia memang ada umphh. Lain daripada yang lain. Nak terang kat sini pun tak reti, korang kena acu cuba try test sendiri.
Terima kasih Pizza Hut kerana menjemput Abang Nara, wife dan rakan-rakan blogger yang lain untuk merasai dengan lidah sendiri kesedapan Chunky Loaded ini. Untuk info lanjut (promosi, diskaun dan lain-lain), jangan lupa pergi ke Facebook Pizza Hut atau pun laman web Pizza Hut.