Chris Evans Pernah Tolak Tawaran Lakonkan Watak Captain America Sebanyak Dua Kali

Trending

Chris Evans Pernah Tolak Tawaran Lakonkan Watak Captain America Sebanyak Dua Kali

Watak Captain America memang sudah cukup sinonim dengan aktor kacak Chris Evans. Kami rasa ramai peminat tidak boleh terima pelakon lain selain Chris kan?

Advertisement

Tapi tahukah anda, Chris sebenarnya pernah menolak tawaran untuk melakonkan watak adiwira itu lebih daripada sekali?

Chris pada mulanya khuatir, bagaimana dia mahu menghidupkan watak Captain America kerana watak itu tidak mempunyai “kegelapan sebenar”.

Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya sehingga salah satu bintang Marvel iaitu Robert Downey Jr yang popular menerusi watak Iron Man memujuk Chris.

Robert yakin, bakat lakonan Chris sangat luar biasa dan dia mampu untuk melakonkan watak Captain America dengan baik dan seterusnya mencetuskan fenomena.

Tidak perlu dikatakan lagi,  kami gembira kerana Chris akhirnya bersetuju untuk mengambil peranan sebagai Captain America. Jelas lakonannya itu memberikan impak yang mendalam buat peminat Marvel khususnya dan ramai yang bersetuju tiada siapa yang lebih layak untuk membawa watak tersebut selain Chris.

Untuk pegetahuan anda, Chris mula memegang watak Captain America dalam filem The First Avenger pada tahun 2011.

Sumber Berita : Digital Spy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...