Chong Wei Akui Berasa Tertekan Di Olimpik Rio

Trending

Chong Wei Akui Berasa Tertekan Di Olimpik Rio

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengakui berasa tertekan dalam penyertaannya yang terakhir dalam Olimpik bagi menggapai pingat emas di Olimpik Rio 2016 yang akan berlangsung bulan ini.

Advertisement

Chong Wei pada dua perlawanan dalam Olimpik sebelum ini tewas di peringkat akhir kepada musuh tradisi Lin Dan dari China. Pada usia 33 tahun, Chong Wei tahu Rio akan menjadi peluang terakhirnya untuk mendapatkan emas.

Saya rasa lebih tertekan kerana selepas empat tahun akan datang saya tidak fikir saya akan ada peluang lagi, jadi ini yang terakhir,” katanya di Rio.

Chong Wei tidak pernah memenangi gelaran Olimpik, terpaksa berusaha keras menaiki kembali ke rangking tertinggi selepas digantung susulan ujian doping terhadapnya tahun lalu.

Beliau dijangka bertemu Lin Dan dalam peringkat separuh akhir di Rio, di mana pemain badminton nombor dua China Chen Long akan turut bermain.

Chong Wei mempunyai banyak lagi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Rio, kerana acara badminton di Rio akan hanya bermula pada 11 Ogos.

Olimpik Rio 2016 akan berlangsung pada 5 Ogos ini dan berakhir 21 Ogos.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...