Ahli kumpulan Super Junior, Siwon sekali lagi mencetuskan kontroversi berikutan beberapa hantaran politik di media sosial. Segalanya bermula selepas dia berkongsi mengenai aktivis sayap kanan Amerika, Charlie Kirk, yang mencetuskan kemarahan peminat.
Lebih hangat, Siwon kemudian memuat naik video daripada akaun @reformedbychrist dengan kapsyen: “Kristian Nigeria enggan meninggalkan agama mereka selepas masjid Islamis membakar gereja.” Tindakan itu dianggap bersifat rasis dan Islamofobia, malah warganet mendakwa ia hipokrit memandangkan pendiriannya terhadap isu genosid di Gaza.
He can shove that apology in his *** where have been for more than 75yrs when Palestinian & Lebanese Christians have been killed by Ikhrael?!!! Where have been in this 2years of Church and mosque and every religious place has been bombed on daily basis?! Can he shut his zio ass https://t.co/eU3F8kAsf6
— Mimi Mimo (@AitIzza_Natir25) September 30, 2025
Selepas menerima kecaman, Siwon tampil membuat permohonan maaf di platform sembang bersama peminat. Dia menjelaskan niat asal hanyalah untuk memberi kesedaran mengenai serangan kumpulan ekstremis di Nigeria, dan bukannya untuk menyemai kebencian agama.
Katanya,
Saya sedar jika video itu ditonton tanpa penjelasan, ia boleh disalah tafsir. Saya tidak berniat menghina Islam. Dunia perlukan kasih sayang, bukan kebencian.
Namun, netizen tidak menerima permohonan maaf tersebut dan menganggapnya tidak ikhlas. Petisyen menuntut penyingkirannya dari Super Junior kini giat dikumpul di Change.org, yang sudah melebihi 4,000 tandatangan.