Pelawak dan penyampai radio, Chiwan tampil membuat permohonan maaf susulan kenyataan yang dibuatnya dalam satu segmen radio baru-baru ini yang menimbulkan kekeliruan dan rasa kurang senang dalam kalangan pendengar, khususnya wanita bergelar suri rumah.
Dalam kenyataan balas di platform Threads, Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri, 39, menjelaskan bahawa perbualannya bersama seorang pemanggil wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘suri rumah berjaya’ hanyalah sekadar borak biasa tanpa sebarang niat menghina.
Mintak maaf kalau percakapan saya dalam radio tadi ada salah faham. Pemanggil tu beritahu dia suri rumah yang berjaya.
Lepas tu saya tanya apa yang buat awak rasa suri rumah tu berjaya dgn nada nak ajak borak bukan tanya sebab nak perlekehkan.
Menurutnya lagi, jawapan yang diberikan oleh pemanggil itu menyentuh soal persepsi masyarakat terhadap gelaran suri rumah, dan beliau sebenarnya menyokong kenyataan itu.
Lepas tu dia jawab ‘yelah sebelum ni pemanggil semua jawab suri rumah je so saya tak nak lah nampak downgrade lebih kurang macam tu la’.
Saya counter balik betul la tu bukan senang nak jadi suri rumah orang lelaki pun tak mampu jadi suri rumah.
Isu tersebut mendapat perhatian ramai apabila petikan perbualan mereka mula tular di media sosial, sehingga ada yang menuduh Chiwan bersikap sinis dan tidak sensitif terhadap tugas suri rumah.
Walau bagaimanapun, sebahagian netizen tampil mempertahankan Chiwan dengan menyatakan bahawa kenyataannya telah disalah tafsir. Dalam masa sama, ramai turut menegaskan betapa penting dan mencabarnya peranan suri rumah dalam membina keluarga dan masyarakat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.