China Terima 1,300 Kes COVID-19 Yang Tidak Mempunyai Gejala

COVID-19

China Terima 1,300 Kes COVID-19 Yang Tidak Mempunyai Gejala

Walaupun sebelum ini China dilaporkan semakin mendapat penurunan kes COVID-19, namun baru-baru ini mereka mengumumkan telah menerima beberapa kes yang melibatkan kes import dan mereka yang tidak mempunyai gejala wabak tersebut.

Kebiasaannya mereka yang disahkan positif akan mempunyai gejala seperti sakit tekak, batuk dan kesukaran untuk bernafas. Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), 1,367 pesakit tanpa gejala menjalani pemantauan perubatan, dengan penambahan 130 kes baru pada 31 Mac lalu.

Advertisement

Ini adalah kali pertama China mengumumkan perkara itu selepas kebimbangan orang awam yang mula panik apabila terdapat kes tanpa gejala dilaporkan. Malah, terdapat desakan besar-besaran dilakukan supaya kerajaan mendedahkan jumlah sebenar pesakit tanpa gejala yang diterima.

Seorang wanita di wilayah Henan yang dijangkiti COVID-19 mempunyai kontak rapat dengan tiga kes tanpa gejala pada minggu lalu.

china covid-19Tetapi menurut China, kes tanpa gejala ini tidak termasuk dalam kes COVID-19 di negara mereka melainkan individu tersebut menunjukkan simptom yang klinikal. Jika diikutkan pada data sebelum ini, mereka tidak mengambil kira data mereka yang positif wabak itu tanpa gejala.

Walaupun begitu, semua kes yang didapati tidak mempunyai gejala akan diminta untuk dikuarantin selama 14 hari dan ini termasuk kontak rapat mereka. Pakar respiratori, Zhong Nanshan berkata individu yang tidak mempunyai gejala boleh menjangkiti tiga hingga 3.5 individu yang lain.

Selain daripada China, Korea Selatan dan Jepun juga turut menerima kes pesakit positif COVID-19 yang tidak mempunyai gejala. Data tersebut juga telah dimasukkan di dalam data negara masing-masing untuk pengetahuan orang awam.

Artikel berkaitan: Raikan Bebas COVID-19, Warga China Buka Semula Pasar Haiwan Eksotik

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...