China Musnahkan 18,000 Ekor Ayam Selepas Virus Selsema Burung H5N1 Menular Di Wilayah Hunan

Trending

China Musnahkan 18,000 Ekor Ayam Selepas Virus Selsema Burung H5N1 Menular Di Wilayah Hunan

Belum lagi reda isu wabak dari Wuhan, China sekali lagi diuji dengan kedatangan wabak selsema burung yang dikatakan tidak mustahil untuk berjangkit pada manusia. Sebelum ini, wabak coronavirus yang tercetus dari sebuah pasar basah di Wuhan telah menyebabkan penularan wabak sehingga ke luar China.

Baca: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Sebenar Penyebaran Wabak Coronavirus Di China

Advertisement

Terkini, wabak selsema burung dikenali sebagai H5N1 yang melanda wilayah Hunan telah menyebabkan China mengambil langkah drastik dengan membunuh hampir 18,000 ekor ayam. Langkah ini diambil untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan di China yang kini sedang membendung wabak coronavirus.

Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang menempatkan 7,850 ekor ternakan ayam dan 4,500 ekor ayam telah mati semasa virus itu mula dikesan. Buat masa ini, tiada lagi kes jangkitan yang direkodkan akibat wabak selsema itu.

Ini bukanlah kali pertama China berhadapan dengan penularan wabak selsema ini. Menurut pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wabak selesema burung di China pada 2013 menyebabkan Amerika Syarikat (AS) menanggung kerugian ekonomi sebanyak US$6.5 bilion (RM26.6 bilion).

Selain China, wabak selsema H5N1 juga dikesan di India pada beberapa minggu lalu. India turut mengambil langkah yang sama dengan memusnahkan ayam dan telur ayam yang disyaki membawa virus tersebut.

World Health Organization (WHO) sebelum ini telah mengumumkan wabak coronavirus sebagai situasi kecemasan di seluruh dunia. Setakat ini, sebanyak 300 kematian telah dicatatkan dengan 14,000 kes yang berlaku di seluruh dunia.

Artikel berkaitan: WHO Isytihar Wabak Wuhan Coronavirus Situasi Kecemasan Antarabangsa, Cadang Langkah Penyebaran Wabak

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...