Bagi melahirkan lebih ramai pemimpin teknologi, China melancarkan satu inisiatif untuk melatih kanak-kanak tentang artificial intelligence (AI) seawal usia enam tahun.
Menurut The Economic Times, inisiatif tersebut dimulakan di sekolah rendah dan menengah di bandar Beijing di mana kelas AI akan dijalankan sekurang-kurangnya lapan jam bagi setiap tahun akademik.
Kanak-kanak seawal usia enam tahun di Beijing akan mula belajar untuk menggunakan chatbots, memahami konsep asas AI dan terokai lebih tentang penggunaan AI.
Suruhanjaya Pendidikan Perbandaran Beijing mengatakan bahawa sekolah di bandar itu juga boleh mengguna pakai pendidikan AI ke dalam mata pelajaran sedia ada seperti sains dan teknologi sains maklumat selain menawarkannya sebagai kursus kendiri.
Negara itu mengambil inisiatif tersebut kerana yakin pengenalan tentang AI pada usia awal dapat menyumbang kepada inovasi teknologi di masa akan datang.
Dengan memperkenalkan AI ke dalam kurikulum sekolah, China menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai generasi pakar AI.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.