China Kini Berjaga-Jaga Dengan Gelombang Kedua COVID-19 Selepas Kluster Terbaru Dikesan Di Wuhan

COVID-19

China Kini Berjaga-Jaga Dengan Gelombang Kedua COVID-19 Selepas Kluster Terbaru Dikesan Di Wuhan

Wuhan, China yang merupakan bandar pertama di mana wabak coronavirus mula tercetus kini dijangkakan bakal menerima gelombang kedua wabak tersebut. Ini berikutan kluster terbaru yang dikesan selepas Wuhan menamatkan perintah ‘lockdown’ selama 76 hari.

Kes jangkitan terbaru ini kembali membangkitkan kebimbangan kepada rakyat China yang kini sudah membuka semua premis perniagaan dan kembali bekerja seperti biasa. Wuhan melaporkan lima kes jangkitan terbaru pada Isnin lalu, kesemuanya berlaku di kawasan kediaman yang sama melibatkan warga emas.

Advertisement

Salah seorang daripada mereka adalah isteri kepada seorang pesakit berusia 89 tahun yang dilaporkan sehari sebelumnya. Beliau merupakan kes pertama yang disahkan di bandar itu dalam tempoh lebih dari sebulan Wuhan sepi dari kes terbaru.

wuhan china

“Pada masa ini, tugas pencegahan dan pengendalian wabak di bandar masih sangat berat. Kita mesti betul-betul membendung risiko pemulihan” kata pihak berkuasa kesihatan Wuhan dalam satu kenyataan.

Semua kes terbaru sebelum ini diklasifikasikan sebagai asymptomatic, iaitu mereka yang positif COVID-19 dan mampu menjangkiti orang lain tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda klinikal seperti demam.

Jumlah kes asymptomatic di China tidak diketahui kerana ia hanya muncul di radar pegawai kesihatan ketika mereka menunjukkan keputusan positif semasa ujian. Pakar kesihatan memberi amaran bahawa arahan terlalu tergesa-gesa kembali kepada normal dapat mendorong kepada gelombang jangkitan kedua.

Selain itu, sekatan harus tetap dilakukan sehingga vaksin berjaya ditemui. Sekurang-kurangnya 11 kes berkaitan dengan pekerja dobi tempatan dilaporkan pada hujung minggu, menurut penyiaran CCTV. Ini telah menyebabkan Shulan dengan populasi sekitar 670,000 orang ditutup di seluruh bandar.

disneyland

Jumlah pengunjung Disneyland Shanghai dianggarkan seramai 24,000 pada Isnin

Berita pengesahan jangkitan baru di Wuhan muncul setelah pemerintah mengumumkan pada hari Jumaat bahawa pawagam, muzium dan tempat-tempat lain secara beransur-ansur akan dibuka semula. Walaupun sekatan termasuk tempahan wajib dan had jumlah pengunjung akan dilakukan.

Pusat kewangan Shanghai telah membuka kembali beberapa tempat hiburan dan Walt Disney Co membuka semula taman Disneyland Shanghai pada hari Isnin kepada jumlah pengunjung yang berkurang.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...