China Dedah Kadar Kematian Akibat Covid-19, Warga Emas Dengan Masalah Kesihatan Cenderung Terbunuh

Trending

China Dedah Kadar Kematian Akibat Covid-19, Warga Emas Dengan Masalah Kesihatan Cenderung Terbunuh

Di saat virus maut terus tersebar di seluruh dunia, pentadbiran kesihatan China kini mendedahkan maklumat mengenai kadar kematian akibat novel coronavirus.

Satu kajian baru dari Pusat Kawalan Penyakit China (CDC) menganalisis 72,314 kes coronavirus di tanah besar China mendapati kira-kira 80 peratus kes tidak serius, dan virus ini membawa ancaman lebih besar kepada orang tua yang mempunyai penyakit sedia ada.

Advertisement

Kajian ini mendapati, pesakit berumur 80 tahun mempunyai kebarangkalian 14.9 peratus meninggal dunia setelah dijangkiti, manakala mereka yang berusia 70-an mempunyai kebarangkalian 8 peratus meninggal dunia. Pesakit berusia 50-an mempunyai kebarangkalian tiga kali ganda untuk mati berbanding yang berusia 40-an, pada kadar 1.3 peratus.

Pesakit berusia 10 hingga 19 tahun mempunyai kebarangkalian yang sama untuk mati dengan pesakit berusia 30-an, pada kadar 0.2 peratus. Kajian itu tidak melaporkan kematian untuk kanak-kanak berusia kurang 10 tahun, yang hanya mewakili satu peratus populasi pesakit.

Kajian itu mengumpulkan data dari pesakit yang disahkan pada 11 Februari dan menggunakan sampel terbesar dalam kajian sepertinya.

Risiko kematian meningkat dengan dramatik buat pesakit berusia 70-an dan 80-an, kerana ramai dalam kumpulan umur seperti ini mempunyai masalah kesihatan sedia ada.

Pesakit coronavirus dengan masalah jantung mempunyai kadar kematian 10 peratus, manakala mereka yang mempunyai diabetes mempunyai kadar kematian tujuh peratus.

Lelaki juga didapati mempunyai kadar kematian 2.8 peratus, berlawanan dengan 1.7 peratus untuk wanita, mengikut kajian itu. Kadar kematian keseluruhan akibat jangkitan coronavirus di China ialah 2.3 peratus.

Saintis menyatakan terdapat beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada mengapa lelaki lebih mudah diserang dalam epidemik ini. Antaranya faktor biologikal–iaitu wanita mempunyai respons imun lebih kuat terhadap jangkitan virus terutamanya melibatkan saluran pernafasan–dan sesetangahnya membabitkan gaya hidup, lapor New York Times. Di China, misalnya, lebih ramai lelaki merokok berbanding wanita.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata pada Jumaat individu berusia 60 dan lebih tua mempunyai penyakit tersirat seperti penyakit kardiovaskular, pernafasan dan diabetes mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kesan COVID-19 dengan lebih teruk. – amazingnara.com via The Hill

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...