China Cuba Meniru Rekabentuk Bangunan Ikonik Dari Serata Dunia

Trending

China Cuba Meniru Rekabentuk Bangunan Ikonik Dari Serata Dunia

Melalui projek 1 City – 9 Towns, China cuba meniru rekabentuk dan bandar ikonik dari serata dunia dari Mini New York ke Paris. Projek ini dibulakan pada tahun 2001 sebagai tanda aras untuk mengubah gaya hidup urban kepada rakyat China. Tapi bukan semua bandar yang dibina memenuhi KPI mereka.

Overseas Chinese Town East (OCT)
Overseas Chinese Town East (OCT)

Advertisement

Sebuah ecotourism theme park yang menggunakan rekaan dari Switzerland. Taman tema ini dibina sepanjang sungai yang mengalir dari Hong Kong yang mempunyai tasik buatan manusia dan resort 5 bintang untuk pelancong. Apa yang menarik, bandar ini juga dilengkapi dengan kereta api wap yang sangat jarang dijumpai pada hari ini.

Holland Town
holland town
DIkenali di China sebagai Pudong’s Nederland. Bandar ini dibina dengan replica Holland Town yang terletak di Amsterdam.

Tonghui Town International Bar Street
Tonghui Town International Bar Street
Menggunakan bandar Interlaken di Swiss. China mencuba untuk membina bandar yang dipenuhi dengan pelbagai bar untuk menarik pelancong tapi sebaliknya berlaku kepada bandar tersebut.

Tianducheng
Tianducheng
hanya beberapa jam perjalanan dari Shanghai. Tianducheng merupakan copycat kepada bandar Paris. Dengan membina replika Eiffel Tower setinggi 354 kaki untuk mewujudkan bandar paris mereka sendiri. Bandar ini dibina untuk menampung 10 ribu penduduk.

Tianjin
Tianjin 1

Tianjin 2
Tianjin yang dulunya merupakan kampung nelayan telah musnah akibat keinginan kerajaan untuk membina Mini Manhattan di sana. Pembinaan bandar ini dihentikan kerana kerja pembinaan yang complex dan memakan masa.

Florentia Village
Florentia Village 1

Dibina berdekatan dengan Tianjin, China. Bandar ini merupakan bandar replika yang paling berjaya dibina oleh mereka apabila bandar ini dikatakan menjadi Asia’s equivalent of Venice. Ini dengan adanya beberapa outlet yang terkenal dibuka di bandar ini seperti Gucci dan Prada.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...