China Bimbang Gelombang Kedua COVID-19 Berlaku Selepas Muncul Jangkitan Dalam Kalangan Petugas Kesihatan

Trending

China Bimbang Gelombang Kedua COVID-19 Berlaku Selepas Muncul Jangkitan Dalam Kalangan Petugas Kesihatan

Penularan kes baru coronavirus dilaporkan di China telah membangkitkan kebimbangan mengenai gelombang kedua yang mungkin berlaku. Satu kluster terbaru diterima dalam kalangan petugas hospital di Jia County’s People’s Hospital dengan salah seorang petugas baru sahaja menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang dari Wuhan.

Pada 18 April lalu, China menerima 16 kes terbaru, menurun daripada 27 kes yang diterima pada hari sebelumnya. Ianya menjadikan jumlah keseluruhan kes yang diterima di China ialah 82,735 dengan jumlah kematian sebanyak 4,632. Memandangkan berlakunya penularan yang baru, ianya telah mendorong pihak berkuasa untuk melakukan sekatan perjalanan semula.

Advertisement
china covid-19

Pihak berkuasa mengunci pagar Forbidden City di Beijing, Ahad lalu

Menerusi dokumen rasmi yang dikongsikan Radio Free Asia, sesiapa yang masuk atau keluar dari kawasan kediaman perlu memakai penutup muka dan suhu mereka akan diambil. The Express juga melaporkan beberapa perniagaan di Jia County telah ditutup kecuali pasaraya.

Akhbar itu memetik, perkara itu didedahkan sendiri oleh penduduk menerusi akaun Weibo di mana mereka berkongsikan situasi sebenar yang berlaku di sana. Segala-galanya seolah kembali semula seperti beberapa bulan lepas apabila mereka diminta untuk berkurung semula.

“Semua isi rumah dikurung. Tidak ada yang boleh pergi ke bandar atau jika anda melakukannya, anda tidak akan dapat pergi lagi.”

“Ramai orang percaya bahawa wabak ini telah dikendalikan dengan baik kerana propaganda pemerintah, tetapi ianya salah.”

china covid-19

Berita itu muncul ketika pihak berkuasa kekal berjaga-jaga terhadap kebangkitan virus ini yang boleh menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dan sosial. Terutamanya apabila wilayah Heilongjiang menyaksikan peningkatan pelancong yang dijangkiti dari Rusia beberapa minggu ini dan sekarang berjuang untuk kes-kes dalam kalangan penduduk tempatan.

Kawasan-kawasan lain di China dianggap berisiko rendah termasuklah wilayah Hubei dan Wuhan yang merupakan kawasan asal virus ini merebak. Tetapi Beijing dilihat sebagai pusat yang berisiko tinggi menurut catatan media sosial oleh Majlis Negeri atau Kabinet. Sebelum ini juga, Gunung Huangshan di wilayah Anhui selatan di timur China diserbu ribuan rakyat China sebaik saja China mengumumkan bebas daripada wabak itu.

Artikel berkaitan: Gunung Huangshan Diserbu 20 Ribu Rakyat China Selepas Bebas COVID-19

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...