China Bakal Bina Lapangan Terbang Bentuk ‘SnowFlakes’ Terbesar Dunia

Travel

China Bakal Bina Lapangan Terbang Bentuk ‘SnowFlakes’ Terbesar Dunia

Bandar raya Harbin yang terletak di China terkenal dengan festival ais yang dianjurkan setiap tahun. Keindahan muka bumi China pastinya akan melonjak naik berikutan lapangan terbang yang dibina berbentuk salji gergasi.

Menurut Daily Mail, arkitek telah mendedahkan reka bentuk terminal lapangan terbang baru yang begitu menakjubkan. Lapangan terbang tersebut direka dengan bentuk bangunan bersayap dengan keluasan 920,000 meter persegi (92 hektar).

Advertisement

Lapangan terbang yang ketiga di China ini bakal mengendalikan 43 juta orang penumpang dalam masa setahun. Terminal itu diilham oleh salji yang menakjubkan di Harbin pada musim sejuk yang panjang.

Dijadualkan siap pada tahun 2030, ia dijangka mempunyai 89 pesawat dan 320,000 penerbangan setiap tahun. Terminal ini direka bentuk oleh firma Mad Architect yang berpusat di Beijing, diterajui oleh pereka Cina Ma Yansong.

Selain daripada tema musim sejuk yang jelas, arkitek  turut memberitahu, bangunan lapangan terbang itu kelihatan seperti kapal angkasa futuristik.

Lapangan terbang ini merupakan salah satu langkah mengalakkan peningkatan di dalam bidang penerbangan di China. Lapangan ini juga dibina khas bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan pesawat mereka. Oleh itu, mereka tidak perlu berjalan jauh untuk menaiki pesawat.

Pembinaan lapangan terbang baru ini akan mengendalikan 80 juta penumpang setiap tahun menjelang 2035 dasn 100 juta penumpang setahun menjelang 2050.

Melalui statistik tersebut, China bercita-cita untuk menjadi pusat kuasa penerbangan di peringkat global berikutan di bandar Beijing juga akan mempunyai lapangan terbang antarabangsa baru, Beijing Daxing International.

Sumber: Daily Mail

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...