China Ambil Alih Syarikat Penapis Tempatan, 85% Pekerja Terselamat

Trending

China Ambil Alih Syarikat Penapis Tempatan, 85% Pekerja Terselamat

Syarikat penapisan swasta dari China, Shandong Hengyuan Petrochemical Company Limited, telah pun mengambil alih syarikat penapisan tempatan, Shell Refining Company (SRC), dan menyelamatkan 85% pekerjaan yang bakal terjejas.

Advertisement

Pembelian syarikat penapisan di Port Dickson itu menjadikan Shandong Hengyuan salah satu antara sebilangan syarikat penapisan kecil di China yang memiliki kilang penapis di luar negara.

Shandong Hengyuan membeli 51% saham SRC melalui anak syarikatnya di negara ini, Malaysia Hengyuan International Limited (MHIL) minggu lepas.

Dalam satu kenyataan yang dipetik Deal Street Asia, Pengerusi SRC Iain Lo berkata:

“Sekiranya SRC tidak menjual saham itu kepada MHIL, operasi penapisan akan ditukar menjadi terminal dan kita terpaksa mencantas 85% pekerjaan. MHIL mempunyai aspirasi pertumbuhan untuk SRC.”

Menurut Lo, MHIL bersedia melabur untuk menaik taraf kilang penapisan itu bagi mencapai spesifikasi bahan bakar EURO 4 dan 5. Syarikat China itu berkata mereka mahu membeli semua saham SRC.

Mereka juga merancang untuk meningkatkan hasil SRC dengan memperluaskan rantaian nilai kepada perdagangan borong dan petrokimia.

Laporan Global Times minggu lalu menyatakan MHIL bersetuju untuk membeli kepentingan di syarikat tiu pada harga AS$66.3 juta (RM297 juta) dan akan terus menyediakan produk petroleum kepada perniagaan hiliran Shell di Malaysia.

Pembelian itu antara sebilangan perolehan sepertinya yang dilakukan syarikat petroleum selain daripada 3 syarikat utama milik kerajaan China, termasuk Sinopec dan PetroChina, menurut laporan itu.

Ia turut memetik Pengerusi Shandong Hengyuan, Wang Youde, sebagai berkata perolehan itu akan memberi manfaat kepada syarikatnya kerana ia menyediakan platform untuk jualan luar negara.

Beliau menjangkakan pembelian itu akan menambah 6 juta tan minyak mentah ke atas 3.5 juta tan yang ada pada mereka.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...